Review Filem Makmum


Filem:
Makmum

Penilaian:
7/10

Pengarah:
Hadrah Daeng Ratu

Genre:
Seram

Pelakon:
Titi Kamal, Ali Syakieb, Tissa Biani, Bianca Hello, Adila Fitri & Etc.

Tarikh Tayangan:
15 Ogos 2019

Pengedar:
Antenna Entertainments

Sinopsis:
Filem ini diadaptasi dari sebuah filem pendek yang mengisahkan mengenai sebuah entiti misteri yang menakutkan yang mengganggu seorang wanita ketika sedang menunaikan solat. Apakah punca makhluk misteri ini mengganggu wanita yang sedang bersolat? Saksikan filem seram yang menarik ini di pawagam berhampiran anda bermula pada 15 Ogos 2019 untuk menyelesaikan misterinya.

Ulasan:

Alhamdulillah portal filem Rollo De Pelicula telah berjaya menonton sebuah filem seram Indonesia berjudul Makmum di TGV The Mines pada 18 Ogos 2019 yang lepas. Filem ini sebenarnya memaparkan sebuah kisah yang diangkat dan diadaptasi daripada sebuah karya filem pendek yang dikatakan merupakan sebuah kejadian yang benar-benar berlaku suatu masa dahulu. Jadi, memandangkan Indonesia merupakan 'kilang' di dalam penghasilan filem seram dan penyumbang kepada pawagam-pawagam di Malaysia, maka apakah kelainan yang cuba ditawarkan kepada penonton untuk filem Makmum ini? Adakah naskah ini mempunyai keistimewaan tersendiri yang mampu membeli hati dan jiwa penonton di Malaysia?


Filem Makmum dimulakan dengan kisah tiga orang anak gadis yang merupakan pelajar di sebuah sekolah menengah. Hanya mereka tiga sahaja yang tinggal di asrama sekolah tersebut pada musim cuti sekolah disebabkan mereka tidak dibenarkan pulang ke rumah atas alasan keputusan gred mereka tidak mencapai prestasi yang dikehendaki. Jadi, babak permulaan filem ini sahaja terus dimulakan dengan beberapa jenis gangguan yang pada kami agak unik kerana gadis-gadis ini diganggu sewaktu mereka sedang bersolat tahajud. Jadi, ini adalah salah satu perkara yang agak menarik di dalam filem ini kerana gadis-gadis ini diganggu ketika mereka sedang menghadap dan berdoa kepada yang maha esa dimana ianya amat jarang ditemukan di dalam filem-filem seram yang lain. Kemudian, secara perlahan-lahan penceritaan filem mula membawa penonton secara perlahan-lahan untuk melihat, mencari dan menemukan pembayang serta jawapan kepada segala benda yang terjadi seperti gejala kerasukan, hantu makmum dan pelbagai lagi yang berjaya melengkapi keseluruhan filem ini dengan baik sekali.


Kami menyukai elemen seram yang terdapat di dalam filem Makmum ini. Pada beberapa adegan, filem ini mengingatkan kami kepada sebuah filem seram dari Turki berjudul Beddue: The Curse dimana cara mereka menggunakan teknik jump scare serta digabungkan dengan teknik pergerakan kamera yang perlahan serta sukar diramal yang lebih kurang sama. Adakalanya, cara ini berjaya menyebabkan kami berdebar dan sesekali berjaya mengusik kami untuk berasa terkejut. Ada beberapa adegan seram yang menarik perhatian kami di dalam filem ini terutamanya yang bersifat gore. Pada kami, filem Makmum sangat berjaya dari sudut ini. Tidak dinafikan kesan bunyi yang digunakan di dalam filem ini adakala menyesakkan telinga namun secara keseluruhannya ia masih di tahap yang memuaskan.


Menyentuh tentang aspek penceritaan pula, kami secara jujurnya sangat menyukai plot ceritanya yang bijak disusun struktur serta kronologinya dan berani bermain dengan elemen seram tidak kira pada waktu siang apatah lagi malam. Namun, 15 minit terakhir filem ini agak mengecewakan kami! Bukannya bermaksud pengakhiran filem ini adalah teruk tetapi ada beberapa aspek serta elemen yang membantutkan rasa keseronokan kami untuk terus kekal berada diparas keterujaan seperti mana pada 1 jam 15 minit sebelum itu. Anda akan memahami hal ini jika anda sudah menonton filem ini nanti. Lakonan para pelakon juga boleh dipuji kerana memberikan prestasi yang menarik. Elemen ketakutan yang cuba ditonjolkan kali ini juga pada kami membawakan sedikit kelainan berbanding filem-filem seram Indonesia yang lain dimana kisahnya kali ini lebih bersifat logik filem dan bukannya takut secara membabi buta. Walaupun bukan secara keseluruhan namun ia adalah satu perubahan yang menjadikan filem Makmum ini berjaya menampilkan elemen seram yang sedikit berlainan. Mesej-mesejnya ada tetapi pada kami ianya tidak terlalu ditekankan sangat kerana kami melihat filem ini lebih suka untuk membuatkan penonton berasa ketakutan. Akhirnya sekali ialah tentang sarikata yang disediakan dimana untuk filem Makmum, kami secara peribadi agak kecewa dengan sarikata bahasa Melayu yang memberikan maksud yang salah kepada beberapa perkataan seperti solat Tahajud menjadi Isyak, embak menjadi Guru dan dua tiga perkataan lagi yang tidak membawa maksud yang tepat. Namun, secara keseluruhannya filem Makmum ini sangat menghiburkan. Ada sebahagian besar adegannya yang kami rasa lebih hebat dalam memberi impak berbanding filem seram tempatan sendiri. Berbaloi untuk anda menontonnya di dalam pawagam.


Jadi, selamat menonton filem Makmum di pawagam seluruh Malaysia bermula pada 15 Ogos 2019 ini. Sila kongsikan artikel ini di laman sosial anda dan tinggalkan komen di bawah berkenaan pandangan anda terhadap filem ini untuk perkongsian buat kita semua. Sekian!


P/S : Filem Seterusnya Yang Kami Akan Ulas Selepas Ini Ialah Death Whisper Yang Merupakan Sebuah Filem Seram Dari Indonesia Yang Diadaptasi Daripada Filem Seram Korea. Nantikan Ulasannya!

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. mula2 sblm2 ni akak ingatkan ni cerita psl keagamaan tgk pada tajuk tu, tp bila tgk dia punya gambar filem nih, alahai...
    sebab akak ni penakut, filem seram dr indonesia mmg akak tak pernah ikut... tkt teringat2

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha
      memang filem nih seram dia lain macam
      dia jarang main jump scare
      tapi permainan kamera dia jenis tricky sikit
      itu buat rasa seram tu sampai
      hahaha

      Padam
  2. Terima kasih Hans kerana berjaya memberi ulasan dgn segera film ini. Selepas menonton nya semlm, baru la saya faham apa yg dimaksudkan dgn pengakhiran 15min film ini agak mengechewakan. Saya amat setuju, ianya seperti nak cepat tamat kan film ni, susah payah lalui segala keseraman, itu saja cara ending nya. Hmmmm... habis idea ke habis budget, heheh. Satu lagi Ustaz tu, tak menyakinan saya langsong. Patotnya tak perlu la call Ustaz tu, ramai2 baca Surah Kursi pon rase nya bole setel. Tapi keseluruhan nya film ini menghiborkan. Yes, wajib ditonton di pawagam...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahah...
      paling tak tahan bunyi bunga api tu..
      spoil mood betul...

      Padam
    2. Trailer tersebut menunjukkan pelakon Titi Kamal yang sedang menunaikan solat Magrib terhenti apabila pintu di ruang solat tiba-tiba terbuka.




      Dia kemudiannya pergi ke depan pintu untuk melihat siapa yang buka namun tidak melihat sesiapa pun.

      Dia kembali menunaikan solat namun ketika mengangkat takbir, ada suara yang mengikutinya dari belakang.

      Dia kemudian resah dan ketakutan kerana memikirkan hanya dia seorang sahaja yang berada di ruang solat itu.

      Cerita ini mengisahkan 3 orang pelajar bernama linda, izzati dan dyana yang didenda tinggal di asmara mengikuti kelas tambahan dikala pelajar lainnya sedang menikmati cuti sekolah.. sekolah itu dipimpin oleh pengetua yg bernama nadia jokowi dan bekas pengetua iaitu rosidawati.. dan pembantu sekolah merangkap driver yg bernama zulkifli.. (barisan pelakon x ramai pun dah save budget)

      Setiap kali bersolat, akan datangnya 'makmum' yg mengikuti dan si izzati seringkali dirasuk seperti histeria.. kemudian, datangnya seorang bekas pelajar disitu memohon pekerjaan guru yg bernama ain lestari.. (mohon kerja baru sebab sebelum nie kerja dihospital jahit mayat dan dihalau keluar dari rumah akibat hutang sewa rumah)

      Apabila datangnya guru baru iaitu ain lestari, pelajar berkenaan mula lah bertanyakan kewujudan mistik di sekolah tersebut.. mereka bilang, pengetua ngak percayai cakap mereka akan adanya hantu.. lantas, ain lestari pn terkejutlah, sebab dulu x ada kejadian aneh.. setelah ain tggal di situ beberapa hari, baru lah dia mempercayai wujudnya entiti disitu kerna dia sendiri pun diganggu.. lantas, pada pemikirannya, pasti ada sesuatu setan tu nak sampaikan melalui izzati (sering dirasuk) (hat nie cliche kan)

      Akibat tidak tahan diganggu, guru ain lestari berjumpa dgn ustaz yg bernama mirol untuk tengokkan sekolah tu.. selang beberapa hari, pengetua nadia jokowi dirasuk dan mula bertindak ganas lalu menikam driver zulkifli.. zulkifli yg tidak tahan telah menceritakan sejarah sekolah itu..

      Sewaktu zaman guru ain lestari bersekolah disitu, telah berlaku kebakaran.. akibat kebakaran tu, telah berlaku kematian akibat terbakar iaitu shca alia merangkap kawan baik guru ain lestari merangkap adik kepada kakak kepada izzati yg sering dirasuk tu.. mayat yg terbakar tu ditanam oleh driver zulkifli dikawasan sekolah sebab dpt perintah dari bekas pengetua rosidawati.. (so disini nak kata roh x tenteram la sebab x disemadikan dengan betul) (cliche kan)

      Dan ustaz mirol pun menghapuskan setan2 tu dengan bacaan 3 Qul.. (simple kan) (kalau crita munafik, ayat2 yg dibaca memang tahap mufti)

      Dan keadaan pun jadi aman setelah mayat disempurnakan dengan tertib.

      Trailernya ringkas sahaja, sebab tu ianya x mampu membuatkan bulu roma merenang dan mungkin, anda bakal fobia untuk menunaikan solat di ruangan yang gelap.

      Filem yang diadaptasi daripada sebuah filem pendek arahan syamimi ini diangkat daripada sebuah kisah benar dimana ibu kota indonesia di jakarta akan berpindah ke kalimantan dengan kos dianggarkan 130 billion.

      Walaupun masih belum tentu samada filem ini akan memasuki gelaran box office di Malaysia, pastinya ramai yang akan kecewa dengan filem seperti ini sungguhpun era kini akan memasuki zaman 2020..

      #andapembacasayapenulis
      #qimilister

      Padam