Tawaran Istimewa Tiket Wayang RM10

Baru-baru ini pihak portal filem Rollo De Pelicula telah dijemput oleh TGV Cinemas untuk menghadiri satu majlis menandatangani Memorandum Persefahaman antara pihak TGV Cinemas dan TNG Digital dimana secara rasminya kedua-dua pihak akan memulakan perkongsian jangka panjang untuk menyediakan penyelesaian bagi pembayaran tanpa tunai melalui aplikasi Touch 'n Go eWallet di semua 35 cawangan TGV Cinemas di seluruh negara.


Kerjasama ini adalah bertujuan untuk membentuk dan mempromosikan masyarakat tanpa tunai dengan menyediakan pengalaman transaksi yang sangat mudah buat semua kaki wayang di seluruh Malaysia. Kini TNG Digital telah mengumumkan kerjasama mereka bersama TGV Cinemas untuk pengalaman pembayaran tanpa tunai secara digital dimana semua 35 lokasi TGV kini akan menerima Touch 'n Go eWallet sebagai cara transaksi offline dengan transaksi dalam talian melalui laman web TGV. 


Kami melihat inisiatif ini sebagai satu bonus istimewa buat kaki wayang terutama sekali pelanggan setia TGV kerana kerjasama ini menawarkan satu pilihan baru untuk pembayaran tanpa tunai secara dalam talian mahupun luar talian bagi pembelian tiket wayang melalui aplikasi e-dompet TNG yang turut hadir dengan promosi. Kami yakin anda pasti tidak sabar-sabar ingin tahu apakah promosi istimewa yang ditawarkan oleh pihak TGV Cinemas dan TNG Digital bukan?


Bermula dari 1 September 2019, semua pengguna Touch 'n Go eWallet yang menonton wayang di cawangan-cawangan TGV Cinemas bakal merasai dua promosi eksklusif sepanjang tahun apabila mereka membeli tiket dengan Touch' n Go eWallet iaitu:

1) Tiket Filem RM10 Yang Tidak Terhad - Kadar flat RM10 untuk mana-mana filem, pada bila-bila masa dan sepanjang tahun di semua pawagam TGV.

2) RM25 Bundle Khas - Promosi Bundle Khas setiap hari Selasa di mana anda boleh mendapatkan 2 keping tiket filem dan 1 kombo popcorn pada harga hanya RM25 sahaja.


Kami juga dimaklumkan bahawa terdapat rancangan pada masa akan datang untuk memasukkan manfaat tambahan kepada para pelanggan TGV Cinemas yang membuat pembayaran melalui aplikasi Touch 'n Go eWallet dimana butiran ini akan diumumkan tidak lama lagi. Jadi, jika anda mahu menonton filem-filem terkini maka sila pastikan TGV Cinemas menjadi pawagam pilihan utama anda selepas ini. Untuk maklumat lanjut, sila lawati TGV Cinemas.

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Bagus ade promosi camni..boleh guna mana2, bila2.. Skrg ni beli tiket hobbs & shaw harga dh jd rm19 weekend.. Nasib baik ade promosi maybank.. Klu tak, mampu baca review je la.. Huhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah
      kalau tidak sakit juga lah nak kena bayar mahal
      dah banyak filem nak tengok
      hahaha

      Padam