Review Filem Stray


Filem:
Stray

Penilaian:
5/10

Pengarah:
Olga Gorodetskaya

Genre:
Seram

Pelakon:
Sevastian Bugaev, Roza Khayrullina, Elena Lyadova & Etc.

Tarikh Tayangan:
10 Oktober 2019

Pengedar:
GSC Movies

Sinopsis:
Filem ini mengisahkan sepasang suami isteri yang mengambil seorang kanak-kanak lelaki sebagai anak angkat. Tanpa mereka sedari, anak angkat mereka sebenarnya merupakan satu semangat jahat yang mempunyai misi yang cukup dasyat dan menakutkan. Siapakah sebenarnya kanak-kanak lelaki tersebut? Saksikan filem aksi ini di pawagam berhampiran anda bermula pada 10 Oktober 2019 untuk mengetahui keseluruhan kisah ceritanya..

Ulasan:

Alhamdulillah pihak Rollo De Pelicula telah mendapat jemputan daripada pihak GSC Movies untuk menghadiri tayangan filem Stray bertempat di GSC One Utama pada 8 Oktober 2019 yang lepas. Sekali lagi kami berpeluang untuk menonton sebuah filem seram dari Rusia dan nampaknya sekali lagi kami perlu menontonnya di dalam versi alih suara dalam bahasa Inggeris. Walaupun hal ini sememangnya mengganggu kami untuk menikmati lontaran suara serta emosi sebenar para pelakonnya namun apa yang kami boleh nyatakan ialah filem Rusia ini merupakan antara filem Rusia terbaik yang ditayangkan di pawagam Malaysia pada tahun 2019 ini.


Filem Stray ini dilihat memberi fokus yang agak baik tentang hubungan kasih sayang antara dua insan yang saling menyayangi iaitu hubungan antara ibu dan anak serta hubungan antara bapa dan anak. Filem ini bijak memaparkan bagaimana hati dan jiwa seorang ibu yang meronta hatinya merindui si anak yang telah lama pergi meninggalkan dirinya dimana pertemuannya dengan seorang kanak-kanak pelik telah membuatkan hati ibunya kembali tersentuh. Walaupun pelbagai tohmahan diberi kepada si anak angkatnya yang pelik namun si ibu tetap melindungi dan percaya pada si anaknya yang mana dia yakin sifat-sifat buruk tersebut boleh diubah. Namun, plot berubah 360 darjah saat si ibu mulai mengandungkan anak sendiri dimana titik perubahan ini merupakan antara babak yang kami paling suka di dalam filem ini. 


Tidak dinafikan lakonan kanak-kanak cilik iaitu Sevastian Bugaev boleh diberikan pujian kerana kami melihat pelakon kecil ini berjaya menjiwai wataknya dengan cukup baik sehingga berjaya menimbulkan elemen seram dengan cukup cantik di dalam filem ini. Sayangnya kelemahan filem ini selain faktor alih suara ialah filem ini gagal memberi lebih masa kepada adegan-adegan seram untuk menyinar dengan cemerlang. Seperti biasa filem-filem dari Rusia sebenarnya mempunyai idea penceritaan yang menarik cuma olahannya adakala tidak terlalu mendalam sehingga membuatkan naskah yang sepatutnya boleh menjadi lebih seram ini gagal kelihatan demikian. Namun, kami harus akui walaupun filem ini tidak lah seseram mana namun kami agak terhibur dengan kronologi penceritaannya walaupun ianya mempunyai kelemahan disana sini. Secara kesimpulan, filem seram Rusia yang berjudul Stray ini pada kami bukan lah sebuah filem yang gagal namun bukan juga sebuah karya yang cemerlang. Tetapi, ianya merupakan sebuah filem yang masih boleh dinikmati dengan menontonnya di dalam pawagam.


Jadi, selamat menonton filem Stray di pawagam seluruh Malaysia bermula pada 8 Oktober 2019 ini. Sila kongsikan artikel ini di laman sosial anda dan tinggalkan komen di bawah berkenaan pandangan anda terhadap filem ini untuk perkongsian buat kita semua. Sekian!

P/S : Filem Seterusnya Yang Kami Akan Ulas Dan Kongsikan Dengan Anda Ialah  Sebuah Filem Tempatan Berjudul Kolong. Nantikan Ulasannya!

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Bila saya baca nama tuan direktor dgn barisan pelakon nya, saya tersenyum sinis... film Russia lagi. Tapi bila baca "mendapat jemputan dari GSC" saya gelak besar. Maafkan saya Hans, saya gelak sebab dpt bayangkan betapa seksa nya Hans tonton film dari Russia nih. Trauma film Abigail pon belom reda, datang pulak Stray, muahahah. Tapi saya respect pada Hans sebab sanggop menerima jemputan GSC tu. Kalau saya... tobat nasuha daaaah, heheh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuma filem Rusia yang Stray ini lebih menghiburkan berbanding yang lain
      boleh tahan lah untuk berhibur
      hehehe

      Padam
  2. Hi hans dan lain. Nak tanya endong stray ni saya bingung... Maksudnya apa? Polina meninggal dunia ke? Dan suami si Igor tu dok belai siapa dalam rumah tu masa ending????

    BalasPadam
    Balasan
    1. Polina tu dah mati masa di hospital
      jadi yang suami dia belai dekat rumah tu ialah hantu polina.
      maybe hantu polina tu adalah hantu yang menyamar jadi anak dia sebelum nih tu sebab hantu tu akan menyerupai orang yang disayangi tetapi yang tiada di dunia dah.
      macam tu lah yang Hans rasa

      Padam