Filem:
Secret Zoo
Penilaian:
5/10
Pengarah:
Son Jae-Gon
Genre:
Komedi & Drama
Pelakon:
Ahn Jae-Hong, Kang So-Ra, Park Young-Gyu, Kim Sung-Oh & Etc.
Pengedar:
GSC Movies
Tarikh Tayangan:
13 Februari 2020
Sinopsis:
Filem ini mengisahkan Tae-Soo yang merupakan seorang peguam pelatih tetapi masih tersekat dengan jawatan sementara di sebuah firma perundangan terkenal. Dia berhasrat untuk mendapatkan jawatan sepenuh masa di syarikat itu. Kini dia mempunyai peluang untuk membuktikan kebolehannya apabila dia ditugaskan untuk menghidupkan semula sebuah zoo yang hampir muflis. Memandangkan tiada lagi haiwan di zoo itu, dia mendapat idea dengan meminta pekerja di sana untuk berpakaian seperti haiwan. Zoo baru itu dibuka dan menerima sambutan menggalakkan apabila sebuah rakaman video dirinya berpakaian seperti seekor beruang kutub meminum Coke menjadi tular. Akhirnya dia diterima sebagai pekerja tetap di firma itu tetapi konflik mula tercetus sewaktu dia bakal meninggalkan zoo itu dimana dia mendapat tahu niat sebenar syarikat tersebut untuk menjual zoo tersebut kepada pemaju swasta. Apakah yang akan dilakukan Tae-Soo untuk menyelamatkan zoo tersebut daripada dijual? Saksikan filem yang menghiburkan ini di pawagam berdekatan anda pada 13 Februari 2020 untuk mengetahui kisah seterusnya.
Ulasan:
Alhamdulillah portal filem Rollo De Pelicula telah menerima jemputan daripada pihak GSC Movies untuk menghadiri tayangan filem Korea berjudul Secret Zoo yang berlangsung di GSC One Utama pada 11 Februari 2020 yang lepas. Memandangkan pengarah filem ini telah terlibat di dalam filem komedi Korea berjudul Extreme Job yang sememangnya sangat menghiburkan maka semestinya kami menaruh harapan yang tinggi agar filem ini berdiri sama tinggi atau lebih lucu kisahnya berbanding filem Extreme Job. Namun sangkaan kami ternyata meleset sama sekali kerana filem ini dilihat gagal menyerlah dengan sebaik mungkin. Tidak dinafikan filem ini masih mampu membuatkan kami ketawa berdekah-dekah tetapi elemen komedi dan drama di dalam filem ini tidak menyatu dengan baik. Senang cakap 'Potong Stim' lah!
Filem Secret Zoo ini sebenarnya menampilkan satu idea yang sangat menarik dan kebanyakan kita sendiri sebenarnya tidak pernah terfikir iaitu bagaimana untuk menghidupkan semula zoo dan menarik perhatian orang awam untuk melabur wang membeli tiket bagi melawat zoo yang tiada haiwan-haiwan utama seperti singa, beruang, zirafah, gorila dan sebagainya. Pada masa yang sama, filem ini juga telah memperlihatkan keupayaan manusia untuk berfikir dan mencetuskan idea-idea sama ada idea gila atau idea bernas disaat manusia itu sendiri berada di dalam keadaan yang terdesak. Jadi, kami melihat realiti manusia yang wujud di dalam perjalanan cerita filem ini dapat dipaparkan dengan cukup baik dan berkesan. Inilah antara faktor yang menjadikan filem-filem dari Korea kelihatan sangat segar dari sudut idea dan kisah penceritaannya.
Namun, elemen komedi yang terdapat di dalam filem Secret Zoo ini kelihatan terganggu dimana momentum lucunya boleh dikatakan sering tersekat-sekat dengan kisah drama yang turut wujud di dalam filem ini. Kami hanya terhibur menonton filem ini apabila ia memaparkan adegan-adegan para pekerja zoo yang menyamar sebagai haiwan dimana tidak dinafikan semua adegan tersebut sangat kelakar dan begitu menghiburkan. Namun, unsur humor yang dibina tersebut semestinya tidak sempat untuk sampai ke kemuncak apabila ianya dirobohkan saat babak lucu beralih kepada babak drama yang dilihat agak meleret dan perlahan. Ianya sangat berbeza dengan filem Extreme Job yang bijak memastikan elemen humor sentiasa berterusan walaupun adegan komedi beralih kepada adegan drama. Namun kecemerlangan tersebut gagal diteruskan di dalam filem Secret Zoo ini. Menyentuh tentang elemen humor, lawak-lawak di dalam filem ini bercampur-campur dimana ada lawak yang tampak segar dan ada juga lawak yang dilihat kitar semula atau slapstik. Namun, secara keseluruhan adegan-adegan lucu di dalam filem ini sememangnya menjadi dan menepati selera pelbagai jenis penonton filem ini.
Kami juga melihat filem Secret Zoo ini sedikit dari sudut pengembangan kisah watak utamanya iaitu Tae Soo dimana pada permulaan filem, penonton telah dihidangkan dengan satu babak percakapan telefon yang melibatkan Taesoo dan isterinya yang berbicara tentang masalah anak mereka di sekolah. Namun, babak tersebut terus mati disitu tanpa sebarang babak susulan pada plot-plot cerita seterusnya. Begitu juga dengan masalah melibatkan Taesoo dan juga rakan-rakan pelajarnya dahulu dimana mengapa dirinya sering mengelak untuk berjumpa atau terasa malu kerana tidak mendapat pekerjaan tetap dilihat kurang meyakinkan. Babak awal juga turut memaparkan kisah seorang ahli korporat yang disabitkan dengan pertuduhan jenayah dimana watak ini juga gagal dikembangkan dengan baik dan hanya muncul pada awal penceritaan. Selain itu, bagaimana filem ini memasukkan elemen kapitalis syarikat besar yang mementingkan wang untuk berlawan dengan elemen kekeluargaan dan kasih sayang juga dilihat gagal memberi impak sekuat mungkin disebabkan ianya kelihatan klise dan begitu mudah diramal.
Walau bagaimanapun, pujian harus diberikan kepada filem Secret Zoo ini dari sudut kostum haiwan-haiwan zoo yang digunakan. Kostum yang dihasilkan sememangnya sangat meyakinkan dan kelihatan betul-betul realistik jika dibandingkan dengan penggunaan CGI terhadap beruang kutub yang gagal dilaksanakan dengan baik di dalam filem ini akibat gerakan beruang kutub yang berulang-ulang dan kelihatan sedikit buruk. Jadi, tidak hairan jika kita melihat pengunjung-pengunjung zoo di dalam filem ini percaya dengan kewujudan haiwan tersebut kerana kostum yang diguna pakai sememangnya terbaik dan berkualiti. Kami juga tertarik dengan mesej-mesej yang disampaikan oleh filem ini berkaitan dengan haiwan-haiwan di dalam zoo dimana kami memetik satu frasa ayat daripada wataknya yang berbunyi,"Sebaik mana pun zoo yang disediakan, ianya tetap adalah penjara untuk haiwan-haiwan disini!". Menarik untuk melihat mesej berkaitan dengan perlindungan kepada haiwan yang hampir pupus ini dimana manusia perlu sama-sama melindungi alam haiwan liar di luar sana kerana itulah tempat kehidupan mereka yang sebenar. Secara keseluruhan, filem ini boleh dikatakan bercampur baur dimana adegan komedinya bakal membuatkan anda ketawa besar dan mesej-mesej di dalam dramanya juga menarik. Sayangnya komedi dan drama ini dilihat terasing antara satu sama lain yang membuatkan filem ini kelihatan sedikit canggung untuk ditonton dengan kepuasan yang maksima.
Jadi, selamat menonton filem Secret Zoo di pawagam berdekatan anda pada 13 Februari 2020 ini. Sila kongsikan artikel ini di laman sosial anda dan tinggalkan komen di bawah berkenaan pandangan anda terhadap filem ini untuk perkongsian buat kita semua. Sekian!

P/S : Filem Seterusnya Yang Kami Akan Ulas Ialah Sebuah Filem Berjudul Sonic The Hedgehog. Nantikan Ulasannya!
0 Ulasan