Review Filem Solar Impact

 

Filem:
Solar Impact

Penilaian:
-1/10


Pengarah:
Tudley James

Genre:
Aksi & Fiksyen Sains

Pelakon:
Oliver Park, Natalie Martins, Lucy Southal & Etc.

Pengedar:
GSC Movies

Tarikh Tayangan:
30 Julai 2020

Sinopsis:
Filem ini mengisahkan kejadian radiasi solar dan kemusnahan besar telah berlaku di seluruh dunia selepas serpihan-serpihan solar jatuh ke Bumi. Kini, sekumpulan rakan perlu berjuang untuk meneruskan hidup dan menyelamatkan diri sebelum mereka menjadi mangsa mutasi genetik yang telah merebak ke seluruh dunia. Saksikan filem ini di pawagam berhampiran anda bermula pada 30 Julai 2020 untuk mengetahui kisah selanjutnya.

Ulasan:

Alhamdulillah portal filem Rollo De Pelicula telah berjaya menonton sebuah filem berjudul Solar Impact bertempat di Paragon Cinema Alor Star Mall pada 30 Julai 2020 yang lepas. Poster yang menarik serta suntingan trailer yang agak meyakinkan sememangnya sangat diperlukan oleh filem sebegini untuk menarik perhatian penonton untuk menonton di pawagam berhampiran mereka.

Kami tidak mahu mengulas panjang kerana filem ini sememangnya sangat membuang masa kami tanpa ada sebarang perkara yang boleh dibanggakan. Menggunakan kesan solar daripada letupan matahari sebagai punca kepada perubahan manusia yang terkena radiasi sehingga bertukar menjadi zombi adalah satu perkara yang gagal diterangkan dan diyakinkan dengan cukup baik.

Kebodohan watak-watak yang sememangnya terserlah secara jelas juga membuatkan kami berasa begitu mual untuk meneruskan tontonan sehingga habis. Ia sama sekali sukar untuk diterima akal menyaksikan adegan-adegan kasih sayang sesama sahabat yang terlampau  berlebih-lebihan dan dibuat-buat sehingga menyebabkan kami berasa puas apabila melihat satu persatu watak ini mati tanpa langsung ada rasa simpati. Watak bodoh kan? Jadi, lebih baik mati daripada selamat. 

Filem ini sekadar sebuah filem ringan yang tidak bijak dimana ianya sekadar cuba menghilangkan nafsu anda yang mungkin gian untuk menonton filem di dalam panggung wayang. Tidak ada apa yang menarik tentang filem ini yang boleh kami ulas melainkan hanya membazir waktu serta membuang wang untuk membeli tiket. 

Jadi, selamat menonton filem Solar Impact ini di pawagam seluruh Malaysia bermula pada 30 Julai 2020 ini jika anda teringin untuk tonton. Sila kongsikan artikel ini di laman sosial anda dan tinggalkan komen di bawah berkenaan pandangan anda terhadap filem ini untuk perkongsian buat kita semua. Sekian!

P/S : Filem Seterusnya Yang Kami Akan Ulas Ialah Sebuah Filem Dari Korea Berjudul Intruder! Nantikan Ulasannya Dalam Waktu Terdekat!

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Kahkah..aku baru cadang nak tengok tadi..

    Mujur aku check dulu review ko..

    Trailer nampak macam menarik..tapi kalau 1/10, baik aku tengok trailer jer la..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooo..-1/10 rupanya..lagi teruk..😂

      Padam
    2. First time rasa nya saya baca orang bagi -1/10 utk review film. Marah sangat ye Hans, heheh. Penyesalan tahap maksima!!

      Padam
    3. hahahaha pergi lah tengok...mana tahu suka

      Padam
    4. Unknown : tak marah pun cuma filem nih memang tak patut wujud...hahaha

      Padam