Review Filem 99 Songs

 

Filem:
99 Songs

Penilaian:
6/10

Pengarah:
Vishwesh Krishnamoorthy

Genre:
Muzikal & Romantik

Pelakon (Suara):
Ehan Bhat, Edilsy Vargas, Lisa Ray & Etc.

Pengedar:
Lotus Five Star

Tarikh Tayangan:
16 April 2021

Sinopsis:
Filem yang dialih suara kepada bahasa Tamil ini menceritakan kisah mengenai seni dan penemuan bakat tersebut di dalam diri seorang penyanyi bernama Jay yang sedang berjuang untuk menjadi komposer muzik yang berjaya serta merebut cintanya yang terhalang. Jay yang mencintai Sophie perlu membuktikan kepada bapa Sophie yang mencabarnya untuk menulis dan menghasilkan 100 lagu dan memastikan ada lagunya yang berjaya mengubah dunia. Walau bagaimanapun, tanpa disangka tiba-tiba Jay boleh terjebak di dalam kes dadah dan dimasukkan ke dalam pusat pemulihan. Adakah Jay berjaya mencapai cita-citanya? Filem yang menampilkan skor asal dan lagu-lagu yang digubah oleh penulis lagu serta komposer terkenal iaitu A.R. Rahman boleh ditonton di pawagam berhampiran anda bermula pada 16 April 2021. 

Ulasan:

Alhamdulillah portal filem Rollo De Pelicula telah menerima jemputan daripada Lotus Five Star untuk menonton sebuah filem Bollywood yang dialih suara sepenuhnya di dalam bahasa Tamil berjudul 99 Songs di GSC NU Sentral pada 16 April 2021 yang lepas. Filem 99 Songs ini menampilkan dua pendatang baru di dalam industri perfileman India iaitu Ehan Bhat dan Edelsey Vargas dimana filem ini adalah satu pilihan yang tepat buat mereka untuk menonjol dan lebih dikenali penonton selepas ini.  


Harus diakui kekuatan utama filem 99 Songs ini adalah muzik dan sinematografi filemnya yang mengasyikkan. A.R. Rahman sememangnya berjaya mencurahkan bakat hebatnya dengan menghasilkan bahasa muzik melalui 14 buah lagu di dalam filem ini yang bertindak sebagai pencerita kepada penonton untuk memahami dengan lebih mendalam perihal kisah serta emosi yang berlaku dan dialami oleh dua watak utama filem ini iaitu Jay dan Sophie. Kami boleh nyatakan bahawa setiap muzik latarnya sangat menghiburkan dan membantu menguatkan lakon layar filem ini daripada awal penceritaan sehingga kepada pengakhirannya untuk membuktikan bahawa muzik boleh mengubah dunia. 


Menarik untuk melihat lakonan hebat Ehan Bhat di dalam filem 99 Songs ini yang bijak bermain dengan emosi untuk menghidupkan lakonan wataknya Jay walaupun ada adegan-adegan yang tidak menggunakan dialog. Ehan sememangnya kelihatan cukup meyakinkan sebagai Jay. Secara keseluruhannya, filem ini berjaya menampilkan sesuatu yang bukan stereotaip seperti yang dijangka sebaliknya memberikan satu makna yang menyeluruh tentang kaitan antara muzik dan kehidupan.


Jadi, selamat menonton filem 99 Songs ini di pawagam seluruh Malaysia bermula pada 16 April 2021 ini. Sila kongsikan artikel ini di laman sosial anda dan tinggalkan komen di bawah berkenaan pandangan anda terhadap filem ini untuk perkongsian buat kita semua. Sekian!

P/S : Filem Seterusnya Yang Kami Akan Ulas Ialah Sebuah Filem Menarik Dari Vietnam Berjudul Dad, I'm Sorry! Nantikan Ulasan Filem Animasi Tersebut Dalam Waktu Terdekat!

Catat Ulasan

0 Ulasan