Nenek Bongkok Tiga


Filem:
Nenek Bongkok Tiga

Penilaian:
8/10

Tiktok Review:

Pengarah:
Datuk Yusry Abdul Halim

Genre:
Fantasi & Seram

Jumlah Episod:
10

Pelakon:
Hun Haqeem, Merqeen, Sara Ali, Syafie Naswip, Fimie Don, Sara Mack Lubis,
Sherie Merlis, Syazwan Zulkifly, Ashraf Muslim, Rykarl Iskandar, Datin Sofea Jane & Etc.  

Platform Tontonan:
Viu

Tarikh Tayangan:
Bermula 9 Februari 2023

Sinopsis:
Nenek Bongkok Tiga menceritakan tentang lapan orang yang dijadikan tebusan dalam sebuah rumah agam di tengah hutan Bukit Luruh yang terkenal dengan kisah orang hilang. Rumah agam itu didiami Nenek, penjaga rumah tersebut yang mendakwa mereka telah menceroboh kawasan makhluk bergelar Tuan Tanah dan harus melakukan cabaran untuk keluar menyelamatkan diri.

Berita:
Satu drama siri Viu Original berjudul 'Nenek Bongkok Tiga' yang menampilkan pelakon berbakat dan diarahkan pengarah terkenal, Datuk Yusry Abdul Halim.

Siri ini dibintangi pelakon-pelakon berbakat seperti Hun Haqeem, Meerqeen, Sherie Merlis, Sara Ali, Syafie Naswip, Sara Mack Lubis, Fimie Don, Syazwan Zulkifly, Ashraf Muslim, Sofia Jane dan Rykarl Iskandar.

Dua episod untuk kisah seram fantasi ini akan ditayangkan di platform Viu bermula pada 9 Februari diikuti satu episod baru setiap minggu pada setiap hari Khamis.

Anda boleh menonton Nenek Bongkok Tiga di aplikasi Viu dengan hanya muat turun secara percuma melalui App Store, Google Play, Huawei App Gallery dan TV pintar terpilih serta laman web www.viu.com

#ViuMalaysia   #ViuOriginal   #NenekBongkokTiga

Catat Ulasan

0 Ulasan