Demi Filem Malaysia

Pertama sekali aku tak pasti kenapa tetapi aku ketawa terkekeh - kekeh(teruk betul aku ketawa) apabila membaca satu artikel di surat khabar(aku lupa apa nama surat khabar tersebut) tetapi aku jumpai teks yang sama di SINI. Antara petikannya berbunyi begini :-



Pengarah filem Ahmad Idham Ahmad Nadzri dan Prof Madya A.Razak Mohaideen bertekad untuk melanjutkan pengajian ke program peringkat Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Utara Malaysia (UUM) semata-mata untuk memajukan industri perfileman negara.

Kedua-dua pengarah filem ini mempunyai matlamat yang sama iaitu ingin mengkaji kelemahan-kelemahan filem tempatan daripada sudut pandangan sebagai seorang ahli akademik.


"Kita melihat industri filem pada hari ini tidak boleh berkembang ke peringkat yang lebih tinggi sedangkan terlalu banyak lambakan filem-filem tempatan yang keluar setiap tahun tapi hanya tertumpu dalam negara sahaja.


"Kajian yang saya akan lakukan nanti tertumpu tentang kegagalan industri filem tempatan kita untuk menembusi pasaran negara luar sedangkan negara jiran seperti Indonesia, Filipina, Korea sudah pergi jauh," kata Ahmad Idham pada sidang media selepas majlis penyerahan surat tawaran bagi mengikuti ijazah berkenaan di sini, Isnin.


Apa yang mengundang ketawa di hati aku ialah kedua - dua pengarah ini mempunyai masalah yang lebih kurang sama sebenarnya iaitu kebanyakkan filem mereka berjaya mencapai tahap kutipan box office di pasaran tempatan namun gagal teruk dalam menawan pasaran luar. Jadi, mungkin inilah antara satu sebab yang mana mereka mahu kaji kenapa filem mereka gagal menembusi pasaran luar. Rasa - rasanya tidak perlu dikaji lagi kerana jawapan sudah terang lagi bersuluh bahawa filem yang mereka hasilkan hanya bersifat komersial yang mampu menarik penonton tempatan sahaja untuk menonton filem - filem mereka.


 Sesekali Hasilkan Lah Filem Sebegini

Pada pandangan aku sebagai contoh pelakon Saiful Apek yang kerap berlakon di dalam filem Razak Mohaideen terutama pada zaman emas beliau. Aku tak nafikan aku suka menonton lakonan Saiful Apek walaupun mungkin lakonannya sama sahaja di dalam mana - mana filem beliau tetapi hakikatnya Saiful Apek ialah Saiful Apek dan bukannya Rowan Atkinson yang dikenali seluruh dunia dengan riak wajah lucunya yang bodoh - bodoh alang itu. Di Malaysia mungkin ramai yang mengenali dan meminati Saiful Apek(termasuk aku) namun jika filem yang menampilkan beliau dipertontonkan di luar negara sebagai contoh Amerika Syarikat maka siapa antara mereka yang mengenali Saiful Apek? Mungkin ada tetapi adakah ia seramai jumlahnya di Malaysia dan persoalan utama adakah mereka meminati Saiful Apek? Itu adalah satu sebab utama yang rasa - rasanya tak perlu dikaji kerana jawapannya memang dari dahulu lagi sudah pun diketahui.

 Tak Pun Cuba Hasilkan Filem Sebegini

Jalan cerita filem mereka yang biasa - biasa sahaja! Stereotaip! Itu adalah sebab kedua filem - filem mereka khususnya enggan diterima oleh pihak luar. Filem seperti Congkak dan Damping Malam misalnya walaupun bergenre seram dimana filem sebegini senang untuk mendapatkan perhatian penonton luar namun tidak mempunyai kekuatan jalan cerita yang kuat. Filem Congkak sehingga ke akhir cerita tidak memberitahu siapakah sebenarnya watak nenek lakonan Ruminah Sidek di dalam filem tersebut secara terperinci dan Damping Malam pula tiada langsung perasa yang mampu membuatkan penonton terasa takut atau pun seronok dengan jalan cerita yang dipersembahkan. Filem - filem mereka yang bergenre komedi ringan mahu pun seram sudah banyak dibikin oleh orang luar jadi jika mereka mahu bersaing dengan filem luar hanya ada 2 perkara sahaja yang mereka perlu buat iaitu :-

1) Hasilkan filem yang temanya atau jalan ceritanya unik dan tidak pernah dibikin oleh mana - mana pengarah di dunia ini lagi kerana sememangnya pasaran luar dahagakan filem - filem luar yang lain isinya dan fizikalnya.

2) Jika mahu hasilkan filem - filem seram atau komedi maka hasilkan filem yang lebih hebat dari filem bergenre sama di luar dan jadikan filem itu bukan sekadar filem komedi kosong yang akhirnya orang lain klasifikasikan sebagai filem sampah.


Bagi aku sendiri aku rasa aku mampu merasai filem yang dibuat untuk wang atau filem yang dihasilkan untuk mendidik minda penonton. Sudah - sudahlah menghasilkan filem yang membodohkan penonton kerana penonton sekarang walaupun bukan semuanya bijak namun makin ramai yang mampu menilai sama ada filem itu adalah 'telur emas' atau pun 'telur tembelang'.

 Cuba Lihat Kenapa Filem Ini Diterima Pihak Luar

Bagi aku dari segi lakonan pelakon tidak ada masalahnya kerana kita memiliki ramai pelakon lelaki dan wanita yang sebenarnya hebat di dalam melakonkan pelbagai watak sama ada di dalam keadaan serius, lucu, emosi, psikologi atau sebagainya(ayat ini terbatal jika pengarah memilih pelakon yang cuma bersandarkan rupa dan populariti tanpa ada bakat) namun semua itu tiada gunanya jika skrip atau jalan cerita filem mereka langsung tiada apa yang istimewa yang boleh ditunjukkan pada penonton luar. Sebagai contoh cuba kalian bayangkan jika pelakon Jake Gyllenhaal dan Matt Damon berlakon di dalam filem Raya Tak Jadi menggantikan Apek dan Johan. Sememangnya mereka pelakon hebat tetapi jika mereka berlakon di dalam filem tersebut rasa - rasanya adakah filem itu akan menjadi hebat dengan kehadiran mereka? Bagi aku TIDAK!! Kerana apa? Kerana adakah perkara yang hebat atau unik atau terlalu istimewa yang wujud di dalam filem tersebut?

Aku faham kalian adalah usahawan filem kerana tiada wang bagaimana mahu menghasilkan filem tetapi jika kalian mahu filem kalian berjaya menembusi pihak luar maka hasilkan sama satu atau dua filem yang bukannya berpaksikan pada keuntungan semata - mata. Semuanya terletak ditangan anda kerana anda lah pengarah dan anda juga lah penerbit.

P/S : Alangkah Lebih Menarik Jika Kalian Berdua Membuat Kajian Bagaimana Untuk Mendidik Penonton Tempatan Menerima Filem - Filem Berat Yang Berkualiti Kerana Jawapan Untuk Soalan Tersebut Masih Samar - Samar Lagi Berbanding Tajuk Yang Kalian Sedang Kaji Sekalian Yang Jawapannya Memang Sudah Nyata Diketahui! (^_^)Y

Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. aku rindukan karya yasmin ahmad.. padat dgn msj

    BalasPadam
  2. kau dah bang bang bang dgn artikel ni, hebat! dan ironinya, kau tak perlu phd utk melihat masalah sebenarnya, tahniah!

    BalasPadam
  3. Saizuan : sama :-)

    Fadz : hahaha....tak hebat lah...entah...aku merasakan itu antara sebab2nya...mungkin mereka ada sebab lain untuk kaji atau mungkin ada jawapan mereka sendiri..tapi bagi aku itu lah jawapan2 yang sudah sekian lama diketahui orang

    BalasPadam
  4. satu ayat untuk ko bro...TAHNIAH....entry ko patutnya dibaca dua org pengarah yg kunun2 meletop2 filem diorg, entahlahh..megah sekadar jadi jaguh kampung....memang film kita sekarang semuanya sama, nak tengok wayang pun pikir sekali cukup, xyah tengok..tgu raya jee...xpun dwlod kat mber..bukan xmau sokong..but bila semangat nk tengok, hasilnya sangat menyakitkan hati...yg seram pulak mesti ada ayat seram komedi..plezz lahh, JEMU...(~~)

    BalasPadam
  5. nizam : kang diorang baca diorang suruh aku buat filem pula...hahaha...nih kalau diorang baca lah kan maka aku bercakap berdasarkan pandangan seorang penonton...banyak filem mereka aku tengok dan semestinya aku mahukan sesuatu yang baru daripada mereka..kan? bayangkan setahun paling tidak 3-4 filem mereka hasilkan jadi apalah salahnya korban salah satu daripada senarai filem mereka itu dengan menghasilkan sebuah filem yang bukannya berteraskan komersial sebab aku faham mereka membuat filem untuk mencari makan..tetapi kalau kesemua filem mereka filem cari makan maka faham - faham jer la...kan? :-)

    BalasPadam
  6. diorang ni tak boleh nak fikir di luar kotak.. asik filem mcm tu je, mcm tu je! Bila tak laku, salahkan waktu tayanganlah, banyak sainganlah, bla bla...

    BalasPadam
  7. Ya mmg setuju pendapat ko "korbankan' satu filem2 bodoh mereka buat satu filem yang betul2 bermaruah sikit. huh!

    BalasPadam
  8. PerangFilem : hahaha..tergelak aku baca komen ko pasal salahkan waktu tayangan tu...kalau box office tak ada pula disalahkan waktu tayangan kan? hehehehe

    BalasPadam
  9. Sangat2 bersetuju dgn artikel ini....kedua pengarah(filem)tersebut patut baca artikel ni....

    BalasPadam