Review Filem Second Act


Filem:
Second Act

Penilaian:
5/10

Pengarah:
Peter Segal

Genre:
Komedi & Romantik

Pelakon:
Jennifer Lopez, Vanessa Hudgens, Leah Remini,
Annaleigh Ashford, Dan Bucatinsky, Freddie Stroma & Etc.


Tarikh Tayangan:
3 Januari 2019

Pengedar:
GSC Movies

Sinopsis:
Filem ini mengisahkan seorang wanita bernama Maya yang cuba mengubah kehidupan dan taraf hidupnya dengan cuba meraih kenaikan pangkat melalui hasil kerja serta pembentangan kerja yang hebat kepada bosnya. Namun, usahanya gagal kerana bos tempat kerjanya sama seperti di syarikat lain yang memandang kepada latar akademik. Hasil bantuan anak rakannya yang kreatif, Maya dipanggil dan terpilih untuk menjawat sebuah jawatan besar di sebuah syarikat. Selepas itu pelbagai kejadian berlaku dimana ia membantu Maya untuk membuktikan pengalaman kerja yang dimilikinya selama lebih 15 tahun adalah setaraf dan mungkin lebih hebat berbanding segulung ijazah. Saksikan filem menarik ini di pawagam berdekatan anda bermula pada 3 Januari 2019 untuk mengetahui kisah selanjutnya.

Ulasan:

Aku berkesempatan menonton filem Second Act bertempat di TGV Cinemas One Utama pada 3 Januari 2019 yang lepas. Selepas kecewa dengan naskhah filem Holmes And Watson yang gagal teruk pada pandangan aku dan nampaknya filem Second Act yang menampilkan lakonan menarik daripada pelakon J.Lo ini sedikit sebanyak berjaya mengubat hati aku yang sedang berduka mengenangkan pembaziran wang RM9 untuk sekeping tiket filem Holmes And Watson. 


Secara mudahnya filem Second Act merupakan satu lagi naskhah dari Hollywood yang bermain dengan cara yang mudah dan mengambil cara paling selamat dimana ia telah mengikut formula yang telah sedia ada seratus peratus dan membuatkan ia mudah diterima oleh para penonton. Plot cerita filem ini yang bagi aku sangat mudah dan ringkas serta beberapa konflik yang ditimbulkan amat senang dijangka. Ditambah pula dengan beberapa isu serta permasalahan yang kurang masuk akal menjadikan filem ini bukanlah sebuah filem yang unik mahu pun hebat tetapi masih boleh ditonton sebagai sebuah filem ringan yang menghiburkan.


Ada beberapa isu, persoalan atau permasalahan yang tidak logik dan kelihatan tidak bijak telah dipaparkan di dalam filem Second Act ini yang menjadikan jalan ceritanya kelihatan longgar dan kurang memberi kesan yang mendalam kepada aku yang menonton. Ia boleh dilihat melalui babak yang memaparkan penipuan resume terutamanya serta pelbagai lagi yang nampak begitu lemah kerana mustahil buat sebuah syarikat yang besar dan terkenal untuk begitu mudah diperdayakan sebegitu rupa. Namun kelemahan ini berjaya dibaiki dengan sambungan kisah yang kelihatan sedikit bijak apabila ketua syarikat sebenarnya mengetahui tentang hubungan sebenar antara Maya dan anak angkatnya tetapi kelompongan cerita pula begitu menyerlah pada babak ini. Persoalan kedua pula yang dilihat sangat lemah dari segi penceritaannya ialah berkaitan dengan kisah sepohon pokok yang khabarnya merupakan baka daripada negara Jepun dan dikhabarkan pokok ini berjaya hidup pada ketika negara matahari terbit itu mengalami serangan bom atom sewaktu perang dunia kedua. Pokok ini dijadikan sebagai salah satu penyelesaian masalah buat Maya dan pasukannya di dalam menghasilkan sebuah produk yang seratus peratus organik tetapi pokok itu sendiri sebenarnya merupakan antara pokok yang telah terdedah kepada kesan bom atom dan mustahil tidak ada pencemaran yang berlaku. Permasalahan seterusnya ialah tentang perkembangan babak-babak yang melibatkan emosi dan ini jelas kelihatan gagal untuk membuatkan penonton merasa terlalu tersentuh atau menitiskan air mata untuk babak-babak antara ibu dan anak yang sepatutnya mencetuskan suasana yang hiba dan menyedihkan.


Satu faktor yang aku lihat telah berjaya menyelamatkan filem Second Act ini ialah lakonan para pelakonnya yang kelihatan cukup berjaya dan menyenangkan apabila tibanya babak-babak yang mempertaruhkan elemen komedi. Dari sudut ini jelas memperlihatkan bahawa daripada pelakon utama sehingga lah kepada pelakon pembantu telah berjaya memberikan yang terbaik dan diakui berjaya menghiburkan penonton yang berada di dalam panggung wayang melalui kepelbagaian watak dan karakter masing-masing yang mencuit hati dan bersesuaian dengan babak-babak cerita yang dipertontonkan kepada khalayak.


Namun, seperti yang dinyatakan sebelum ini ialah beberapa kelemahan yang dapat dilihat di dalam filem Second Act ini ialah:

1) Plot ceritanya tidak kukuh dan kelihatan agak goyah dengan penceritaan yang klise dan juga beberapa elemen tambahan yang digunakan tidak masuk akal. Ini menjadikan filem ini sedikit lemah jika dipandang pada sudut jalan ceritanya. 

2) Selain goyah, jalan ceritanya sudah boleh diramal dan filem ini yang sepatutnya menjadi sebuah filem yang membawakan tema separa berat telah berubah menjadi sebuah filem komersial ringan yang mengikut standard filem Hollywood yang lain..


Jadi, disini aku senaraikan beberapa sebab kenapa anda perlu menonton filem Second Act ini di pawagam berhampiran bermula pada 3 Januari 2019:

1) Sebuah filem yang menghiburkan dan membawakan mesej tentang harga serta nilai yang tinggi melalui pengalaman kerja berbelas tahun. 

2) Filem yang berjaya menunjukkan kepentingan dan nilai kasih sayang tentang hubungan seorang ibu dan anak dengan agak baik.

3) Sebuah filem yang sangat menghiburkan daripada sudut komedi ringan yang membuatkan anda tidak akan bosan menonton keseluruhan filem ini.


Jadi, kepada sesiapa yang berminat untuk menonton filem Second Act ini, anda boleh menontonnya dan berkongsikan pandangan anda berkenaan filem ini di ruangan komen di bawah. Selamat menonton!

P/S : Ulasan Filem K.G.F: Chapter One Akan Menemui Anda Semua Dalam Waktu Terdekat. Nantikan!

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Assalammualaikum..

    Baru ingt nti nk p tgok mvie ni..sekadar nk mghilngkan bosan + mhburkan dri sendri..hehe ok je kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. waaalaikumsalam
      okay jer
      filem nih bukannya teruk
      menghiburkan tetapi biasa-biasa jer jalan ceritanya

      Padam
  2. rajinnya pi tengok movie

    jom datang blog saya http://lebahjuling.blogspot.com/2019/01/the-confession.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. kena rajin sebab nak jadi blog ulasan filem nombor satu Malaysia :)

      Padam