24/08/19

Review Filem Abigail


Filem:
Abigail

Penilaian:
5/10

Pengarah:
Aleksandr Boguslavsky

Genre:
Pengembaraan & Fantasi

Pelakon:
Tinatin Dalakishvili, Eddie Marsan, Artyom Tkachenko, 
Ravshana Kurkova, Rinal Mukhametov, Gleb Bochkov & Etc.

Tarikh Tayangan:
22 Ogos 2019

Pengedar:
TGV Pictures

Sinopsis:
Filem yang berlatarbelakangkan sebuah bandar yang ditutup sempadannya oleh kerajaan selama beberapa tahun akibat satu penyakit misteri ini mengisahkan seorang gadis bernama Abigail dimana sewaktu dia baru berusia enam tahun, bapanya dibawa pergi kerana dikatakan dijangkiti wabak penyakit tersebut. Walaupun berasa takut pada mulanya, Abigail mulai melawan ketakutan tersebut dan menentang `Special Department` demi mencari bapanya. Dia kemudian mendapat tahu tentang kuasa magik yang ada pada dirinya serta bandar tersebut. Mampukah Abigail bertemu kembali dengan bapanya setelah lebih 10 tahun berpisah? Saksikan filem menarik ini di pawagam berhampiran anda bermula pada 22 Ogos 2019 untuk mengetahui kisah seterusnya.

Ulasan:

Alhamdulillah portal filem Rollo De Pelicula telah berjaya menonton sebuah filem fantasi dari Rusia berjudul Abigail di TGV @ Central i-City pada 22 Ogos 2019 yang lepas. Tidak ada banyak yang ingin kami kupaskan tentang filem ini namun pada kami, ada beberapa perkara di dalam filem ini yang boleh diberi pujian dan begitu juga sebaliknya.  


Jika dilihat kepada jalan cerita filem Abigail, ia sebenarnya mempunyai plot kisah yang boleh menjadi lebih menarik jika penyampaian ceritanya dibuat berbeza dengan apa yang telah kami saksikan di pawagam. Namun, beberapa filem Rusia yang telah kami tonton di pawagam untuk tahun ini mempunyai permasalahan yang lebih kurang sama tentang sudut ini. Bukannya kisah yang dipaparkan tidak menarik tetapi bagaimana jalinan setiap plot itu dibina, disusun dan distrukturkan seakan-akan menjadi satu permasalahan besar buat produksi mereka disana. Atau mungkin juga ini adalah cara mereka mempersembahan filem-filem mereka yang mana penerimaan penonton disana dan disini agak berlainan.


Pada kami, pembinaan kisah serta perwatakan Abigail ini agak perlahan dari segi momentum penceritaan pada awalnya tetapi ia adalah satu langkah yang berjaya menarik perhatian kami untuk lebih ingin mengetahui tentang sisi rahsia anak gadis ini. Namun, pada pertengahan cerita, hal ini seolah-olah mulai menjadi lonngar apabila ia mula kehilangan taringnya dan menjadikan pembangunan watak serta kisah gadis bernama Abigail ini seperti sebuah kisah biasa yang sudah tiada keistimewaan menarik yang boleh digali. Namun, babak-babak klimaks filem Abigail yang dihidangkan pada kami masih menarik untuk dilihat walaupun elemen-elemen dramatik yang dicipta kurang memberi impak seperti mana yang boleh dilihat pada bahagian pertama filem ini.


Satu perkara yang menarik dan menggerakkan hati kami untuk menonton filem Abigail ini disebabkan penggunaan teknik CGI serta sinematografi filem ini yang sangat mantap. Kami melihat filem dari Rusia ini berada di dalam kelasnya yang tersendiri jika dipandang daripada sudut ini dimana ada beberapa filem Hollywood yang gah pun tetapi masih gagal menyaingi kualiti visual yang ada di dalam filem ini. Ini adalah salah satu kehebatan filem Abigail ini dimana kami berasa sangat puas dapat menonton filem ini di skrin layar perak yang besar dan lebar dimana boleh dikatakan pihak produksi memang betul-betul menjaga setiap perincian kualiti CGI yang dihasilkan mereka untuk adegan-adegan di dalam filem ini.


Satu perkara yang agak mengelirukan kami berkaitan filem Abigail ini ialah tentang bahasa pertuturannya. Memandangkan filem ini ialah sebuah karya dari Rusia maka kami mengandaikan filem ini sememangnya telah dialih bahasa kepada bahasa Inggeris. Kami melihat gerak bibir para pelakonnya dan gerak bibir tersebut kelihatan seperti sememangnya mereka bertutur di dalam bahasa Inggeris. Namun, kualiti suaranya seperti lebih ke arah melalui proses dubbing yang bertujuan untuk merakam dialog di dalam bahasa Inggeris menggantikan dialog asal bahasa Rusia. Kami sedikit keliru tentang hal ini kerana memikirkan adakah mereka melakukan penggambaran dia dalam dua jenis versi bahasa iaitu Inggeris dan Rusia. Cuma kami sememangnya agak terganggu mendengar dialog-dialog di dalam bahasa Inggeris yang kedengaran seolah-olah betul-betul melalui proses dubbing untuk alih suara. Secara keseluruhan, filem Abigail ini bukan lah merupakan sebuah karya yang terlalu menarik tetapi ianya juga bukan terlampau lemah. Pada kami, ianya sesuatu yang baru dan unik untuk melihat bagaimana produksi filem dari Rusia menghasilkan filem fantasi menggunakan CGI sebegini. Setidak-tidaknya, produksi di Malaysia yang bercadang untuk menghasilkan filem sebegini pada masa akan datang berani untuk melabur lebih banyak wang dari sudut penghasilan CGI agar kualitinya sehebat filem Abigail dan tidak lah malu dipandang oleh penonton tempatan atau dikutuk oleh penonton luar yang acap kali mengecam kualiti CGI sebahagian besar filem-filem tempatan kita sebelum ini.



Jadi, selamat menonton filem Abigail di pawagam seluruh Malaysia bermula pada 22 Ogos 2019 ini. Sila kongsikan artikel ini di laman sosial anda dan tinggalkan komen di bawah berkenaan pandangan anda terhadap filem ini untuk perkongsian buat kita semua. Sekian!

P/S : Filem Seterusnya Yang Kami Akan Ulas Ialah Sebuah Filem Animasi Yang Dinanti Ramai Pada Bulan Ini Iaitu The Angry Birds Movie 2. Nantikan Ulasannya!

4 ulasan:

  1. Saya dah serik tonton film made in Russia ni. Efx je cun, trailer gempak tapi bila tonton film sebenarnya... addduuhhh, nyesal. Hans pernah tonton film Guardians (2017)?, konon2 nak buat film mcm XMen tapi ke lautan Pasifik rupanya. Rugi masa rosak minda, heheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha
      jalan cerita dia ada tetapi tak berapa kemas
      tapi efx dia memang cun gila kan
      tak pernah tonton rasanya Guardians...bukan filem animasi kan?

      Padam
    2. Betoi Hans, efx cgi dia cun gila ada masa tu lagi power dari Hollywood tapi jalan cerita nya memang kena baiki. Film Guardians 2017 yg saya maksud kan tu film live action Russia. Nasib baik Hans tak tengok, mau dpt 2/10 je, heheh

      Padam
    3. hahahaah
      nasib tak tengok

      Padam