Dengan sukacitanya, Portal filem Rollo De Pelicula ingin berkongsi dengan para kaki wayang serta pembaca setia kami berkenaan 13 buah filem yang bakal ditayangkan sempena Festival Filem Jepun (JFF) 2019 yang akan berlangsung di lima buah lokasi iaitu Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu bermula pada 5 September 2019 sehingga 6 Oktober 2019.
A Banana? At This Time of Night?
(こんな夜更けにバナナかよ / Konna Yofuke ni Banana kayo)
Pengarah:
MAEDA Tetsu/前田/2018/121 minit / Drama, Komedi
Sejak berumur 12 tahun, Yasuaki Shikano menghidapi distrofi otot. Kini 34 tahun, dia mengambil keputusan untuk meninggalkan hospital dan hidup berdikari dengan cara tersendiri. Sekumpulan sukarelawan diambil untuk membantunya dalam kehidupan seharian serta terpaksa menghadapi kerenahnya. Yasuaki kerap memarahi Hisashi Tanaka, pelajar perubatan yang juga salah seorang sukarelawan dan kerap meminta buah pisang pada tengah malam. Yasuaki bertemu dan jatuh cinta pandang pertama terhadap Misaki Ando, tanpa mengetahui bahawa Tanaka dan Misaki sedang bercinta. Kehidupan mereka semua akan berubah tidak lama selepas itu.
Bento Harassment
(今日も嫌がらせ弁当 / Kyou
mo Iyagarase Bento)
Pengarah: TSUKAMOTO
Renpei/塚本連平/2019/107 minit / Drama, Keluarga
Kaori ialah ibu tunggal yang tinggal bersama anak perempuannya, Futaba yang sedang membesar dalam fasa memberontak dan sering mengabaikan ibunya. Filem ini mengisahkan tentang usaha Kaori untuk berkomunikasi, serta membalas semula perbuatan anaknya melalui mesej-mesej dalam makanan bentonya.
Brave Father Online – Our Story of FINAL
FANTASY XIV
(光のお父さん / Hikari
no Otousan)
Pengarah:
NOGUCHI Teruo/野口照夫/2019/115 minit / Drama, Komedi, Keluarga
Akio berharap agar hubungan dingin antaranya dan bapa, Akira berubah menjadi lebih baik. Pada satu hari, Akira secara tiba-tiba berhenti kerja tanpa menjelaskan tindakannya kepada keluarga. Menyedari peluang ini untuk menjadi rapat dengan bapanya, Akio memberikannya sebuah perisian permainan online “Final Fantasy XIV”. Melalui personaliti online rahsia, dia mengajar bapanya cara bermain permainan tersebut. Ini membuatkan Akio lebih memahami bapanya melalui cara permainan dan pengembaraan bersama pemain lain, tanpa menyedari masalah sebenar yang Akira hadapi.
Café Funiculi Funicula
(コーヒーが冷めないうちに / Kohi
ga Samenai Uchi ni)
Pengarah:
TSUKAHARA Ayuko/塚原あゆ子/2018/126 minit/Drama, Cinta, Keluarga
Kazu Tokita bekerja di kafe “Funiculi Funicula” yang diusahakan saudaranya, Nagare Tokita. Terdapat satu khabar angin mengatakan jika seseorang pelanggan duduk di satu tempat duduk tertentu di kafe tersebut, dia boleh melakukan perjalanan merentasi masa yang dikehendakinya. Sebanyak empat kejadian ajaib berlaku di kafe itu.
Color Me True
(今夜ロマンス劇場で /
Konya Romansu Gekijo de)
Pengarah:
TAKEUCHI Hideki/武内英樹/2018/109 minit/Drama, Cinta
Kenji ialah seorang penolong pengurus muda yang hanya menjalankan tugasan am di pejabat bercita-cita menjadi pengarah tersohor. Dia gemar menonton sebuah filem romantik lama tanpa warna yang hanya ditayangkan sebentar sebelum ianya ditarik semula daripada tayangan. Satu hari, seorang puteri daripada filem tersebut iaitu Miyuki muncul ke dunia sebenar dan bersama-sama Kenji, mereka meraikan kehidupan sepenuhnya. Tanpa pengetahuan Kenji, Miyuki memiliki rahsia yang tidak terungkap.
Farewell Song
(さよならくちびる / Sayonara
Kuchibiru)
Pengarah:
SHIOTA Akihiko/塩田明彦/2019/117 minit/Drama, Muzik
Di ambang populariti muzik indie mereka, kugiran dwiwanita Haru-Reo mengambil keputusan untuk berpecah. Bersama rakan jelajah mereka, Shima, mereka bertiga mengembara jalanan untuk persembahan yang terakhir. Sepanjang perjalanan merentasi desa, mereka menyedari bahawa perpecahan antara mereka hanya boleh dipulihkan di atas pentas.
La La La at Rock Bottom
(味園ユニバース / Misono
Yunibasu)
Pengarah:
YAMASHITA Nobuhiro/山下敦弘/2015/ 104 minit/Drama, Muzik, Komedi
Semasa persembahan sebuah kugiran di Osaka, seorang lelaki berlari naik ke pentas, menyambar mikrofon dan menyanyi dengan suara yang mempesona pendengar yang hadir. Selepas persembahan, pengurus kugiran Kasumi menyedari bahawa lelaki tersebut tidak mempunyai sebarang ingatan tentang kehidupannya melainkan bakat nyanyian. Kasumi berminat untuk bekerjasama dengannya dengan menamakannya “Pochi Otoko” (lelaki anjing). Tidak lama selepas itu, Pochi Otoko diterima sebagai penyanyi utama kugiran, tetapi masalah daripada masa lampaunya akan datang menghantui dirinya.
Little Love Song
(小さな恋のうた /
Chiisana Koi no Uta)
Pengarah:
HASHIMOTO Kojiro/橋本光二/2019/124 minit/Drama, Muzik, Muda
Mengisahkan kugiran sekolah tinggi yang popular di Okinawa, iaitu lokasi markas tentera Amerika Syarikat di Jepun. Kugiran ini mencipta lagu-lagu pop yang bertenaga dan mantap sehingga mampu menarik ramai peminat dan pengikut, termasuk pencari bakat label muzik terkemuka dari Tokyo yang mahu menerbitkan album mereka. Dalam mereka menikmati kehidupan dan bersedia untuk meniti kejayaan, sebuah tragedi berlaku yang memusnahkan harapan serta semangat mereka. Kemudian, secara tiba-tiba seorang gadis yang tinggal di markas tentera AS muncul dengan pita rakaman demo sebuah lagu.
Little Nights, Little Love
(アイネクライネナハトムジーク / Aine
Kuraine Nahatomujiku)
Pengarah:
IMAIZUMI Rikiya/今泉力哉/2019/120 minit/Drama, Cinta
Sato, penyelidik pasaran berusia 27 tahun tidak mempunyai teman wanita dan selalu berangan untuk sesuatu yang dramatik dalam kehidupan cintanya. Sukar mendapatkan responden untuk soal selidik yang dikendalikannya, pada satu hari seorang wanita cantik yang tidak dikenali bersetuju menjawab soal selidiknya. Sato kemudian menyedari keganjilan pada tangan wanita itu.
Lying to Mom
(鈴木家の嘘 / Suzukike
no Uso)
Pengarah:
NOJIRI Katsumi/野尻克己/2018/134 minit/Drama, Keluarga
Keluarga Suzuki terdiri daripada anak lelaki, Koichi; kakanya Fumi dan ibu bapa mereka, Sachio dan Yuko. Koichi ialah seorang hikikomori atau individu pendiam yang tinggal di rumah. Pada satu hari, dia membunuh diri dan ini menyebabkan keluarga keliru dengan keputusannya. Ibunya Yuko pula pengsan akibat terkejut dengan kematian anaknya dan selepas itu berada dalam keadaan koma. Apabila sedar 49 hari kemudian, Yuko tidak mempunyai sebarang memori tentang kematian Koichi. Fumi kemudian memberitahu ibunya bahawa Koichi tidak lagi seorang hikikomori dan kini bekerja di Argentina.
My Dad is a Heel Wrestler
(パパはわるものチャンピオン / Papa
wa Warumono Chanpion)
Pengarah:
FUJIMURA Kyohei/藤村享平/2018/112 minit/Drama, Keluarga
Satu ketika dulu, Takashi Omura ialah seorang penggusti profesional popular. Kini sebagai penggusti jahat, dia memakai topeng berbentuk seekor lipas. Dia berkahwin dengan Shiori dan mempunyai anak lelaki, Shota yang bersekolah rendah yang langsung tidak mengetahui aktiviti Takashi. Satu hari, Shota mendapat tahu pekerjaan bapanya sebagai penggusti jahat bertopeng lipas. Terkejut, Shota berbohong tentang bapanya sebagai penggusti profesional popular kepada rakan sekelasnya.
Samurai Shifters
(引っ越し大名! / Hikkoshi Daimyo!)
Pengarah:
INUDO Isshin/犬童一心/2019/121 minit/Drama, Komedi
Pada zaman Edo, Shunnosuke Katagiri ialah seorang samurai dan ulat buku. Selain itu, dia ialah seorang pemalu, naif dan tidak berpengalaman. Pada satu hari, dia mendapat tugasan berkenaan perpindahan seorang daimyo yang diuruskan oleh seorang majistret. Dia meminta bantuan rakannya dari kecil, Genemon Takamura, serta nasihat daripada Oran, anak perempuan majistret yang cantik tetapi garang untuk membantunya menjalankan misi tersebut.
When I Get Home, My Wife Always Pretends to
be Dead
(家に帰ると妻が必ず死んだふりをしています。/ Ie ni Kaeru to Tsuma ga Kanarazu Shinda Furi wo
Shite Imasu)
Pengarah: LEE
Toshio/李闘士男/2018/116 minit/Drama, Komedi
Satu malam setelah melalui hari yang mencabar, Jun tiba di rumah mendapati isterinya, Chie terbaring berlumuran darah. Dia menjadi panik dan pantas membantu isterinya sebelum menyedari sebotol sos tomato tidak jauh dari situ. Menyedari isterinya berjenaka tentang “kematiannya”, Jun meminta penjelasan tetapi disambut dengan gelak ketawa. Selepas kejadian tersebut, setiap kali Jun pulang ke rumah dia akan menemui “mayat” isterinya dalam pelbagai keadaan. Ia menjadi semakin membimbangkan dengan cara “kematian” yang semakin pelik dan isterinya tidak pernah menjelaskan perkara sebenar di sebalik tindakannya.
2 Ulasan
almost all movies menarik !! lama gilee tak tengok movie Japan. asyik2 Korea hehe..
BalasPadamtengok jangan tak tengok
Padambanyak yang best2 tu :)