Review Filem Godzilla: King Of The Monsters


Filem:
Godzilla: King Of The Monsters

Penilaian:
4/10

Pengarah:
Michael Dougherty

Genre:
Aksi & Pengembaraan

Pelakon:
Kyle Chandler, Vera Farmiga, Millie Bobby Brown, Bradley Whitford, Sally Hawkins, Charles Dance & Etc.

Tarikh Tayangan:
30 Mei 2019

Pengedar:
Warner Bros. Pictures

Sinopsis:

Filem ini mengisahkan anggota daripada agensi crypto-zoological Monarch terpaksa berdepan dengan spesis luar biasa purba yang mereka sangka hanya mitos, termasuklah Godzilla, yang bertarung dengan raksasa gergasi Mothra dan Rodan serta musuh kuatnya, King Ghidorah berkepala tiga. Saksikan filem ini di pawagam berhampiran anda bermula 30 Mei 2019 untuk mengetahui keseluruhan kisahnya.


Ulasan:

Alhamdulillah pihak Rollo De Pelicula mendapat jemputan daripada pihak 20th Century Fox untuk menghadiri tayangan media filem Godzilla: King Of The Monsters bertempat di TGV One Utama pada 28 Mei 2019 yang lepas. Filem ini merupakan sekuel kepada filem Godzilla yang telah ditayangkan kepada umum pada tahun 2014 dan merupakan filem ketiga di dalam MonstersVerse Legendary. Sememangnya filem ini dinanti-nantikan oleh ramai kaki wayang terutama peminat siri Godzilla yang ingin menyaksikan kelibat Ghidorah, Mothra dan Kong yang cukup meyakinkan melalui trailer filem yang dipaparkan sebelum ini. Namun, realitinya filem ini amat mengecewakan dimana keseronokan filem ini boleh dikatakan hampir dapat dilihat kesemuanya di dalam trailer-trailer filem ini sebelum ini. 


Untuk filem ini, ada beberapa perkara yang diberikab fokus serta cahaya kegemilangan yang terlalu berlebihan sehingga tanpa sedar telah menenggelamkan kisah serta perihal godzilla serta makhluk-makhluk titan gergasi yang lain. Kami melihat kisah keluarga yang berantakan terdiri daripada Dr Mark Russel, Dr Emma dan anak mereka Madison Russell telah mengambil alih peranan utama di dalam filem ini yang akhirnya menyebabkan pembinaan plot ceritanya menjadi agak lemah dan kacau bilau terutamanya pada separuh masa kedua filem ini sehingga menyebabkan kemunculan pelbagai jenis makhluk raksasa di dalam filem ini seakan-akan tidak berguna dan membazir durasi masa. 


Filem ini sekali lagi cuba membawakan 'tema perjuangan' Hollywood zaman kini yang sangat klise iaitu tentang cubaan mengurangkan populasi manusia dengan melangkaui urusan alam atas alasan demi pembangunan kehidupan manusia yang lebih baik. Lebih malang apabila atas dasar komersial, filem ini mula menggabungkan hubungan tentang sejarah negara tembok besar China dengan mitos berkaitan titan, naga dan raksasa yang sudah jelas lagi kan bersuluh untuk menarik perhatian rakyat negara tersebut untuk menonton filem ini. Bagi kami, budaya sebegini yang semakin galak dipraktikkan di dalam filem Hollywood dilihat sangat mendukacitakan dan merosakkan karya asal yang sepatutnya mampu berdiri dengan lebih baik tanpa sejarah dan mitos yang karut-marut seperti di dalam filem ini. 


Kekuatan utama filem ini sepatutnya diberikan kepada Kong yang merupakan jagoan Godzilla namun sayangnya segalanya serba tidak menjadi. Bukan sahaja raksasa antagonis Ghidorah yang merampas takhta tersebut bahkan titan mothra turut diangkat melebihi Kong. Segala bentuk pertempuran antara Kong dan Ghidorah gagal memberi impak seperti yang diharapkan. Tiada unsur-unsur kejutan yang menarik dapat dirasakan sepanjang tontonan kami terhadap babak-babak pertempuran antara dua raksasa ini. Mengecewakan!


Kesimpulannya, filem Godzilla: King Of The Monsters ini masih gagal memberikan kepuasan menonton seperti yang diharapkan. Kisah Godzilla itu sendiri telah ditenggelamkan oleh kisah-kisah manusia yang keliru emosi nya di dalam filem ini dan turut sama mengelirukan kefahaman penonton. Sehinggakan kemunculan pelbagai jenis titan ini dilihat hanya sekadar untuk memberikan rasa gah sahaja kepada naskah ini dan masih gagal menutup plot penceritaannya yang lemah dan membosankan. 


Jadi, selamat menonton filem Godzilla: King Of The Monsters di pawagam seluruh Malaysia bermula pada 30 Mei 2019 ini. Sila kongsikan artikel ini di laman sosial anda dan tinggalkan komen di bawah berkenaan pandangan anda terhadap filem ini untuk perkongsian buat kita semua. Sekian!

P/S : Filem Seterusnya Yang Kami Akan Ulas Dan Kongsikan Dengan Anda Ialah Filem Roh Fasik! Nantikan Ulasannya!

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Rendah sangat review ni, kalau Hans tulis film ini membosankankan, makna nya memang betoi la bosan. Rase 50/50 nak tonton, baik repeat John Wick 3 je Raya ni, heheh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehehe
      ramai juga yang suka
      cuma untuk Hans,filem nih kureng lah..
      tapi nak banding dengan filem sebelum ini yang 2014...rasanya kali ini better lagi

      Padam
  2. Setuju sangat dengan penilaian Hans. Semalam baru tengok. Pada PH, penilaian 2/10.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wahhhh...hahaha
      apa yang buatkan PH bosan tu?
      cuba share sikit dekat sini

      Padam