Review Filem Quiet Comes The Dawn


Filem:
Quiet Comes The Dawn

Penilaian:
2/10

Pengarah:
Pavel Sidorov

Genre:
Seram

Pelakon:
Aleksandra Drozdova, Kuzma Kotrelev, Oksana Akinshina, Aleksandr Molochnikov & Etc.

Tarikh Tayangan:
12 September 2019

Pengedar:
GSC Movies

Sinopsis:
Filem ini mengisahkan seorang gadis sering bermimpi buruk selepas kematian misteri adiknya sehingga dia dimasukkan ke sebuah institut penyelidikan somnologi. Di tempat tersebut, dia bersama pesakit lain ditidurkan dan dibuai mimpi bersama-sama. Namun perkara yang lebih menakutkan daripada mimpi buruk berlaku apabila mereka bangun selepas waktu subuh. Apakah sebenarnya yang berlaku? Saksikan filem seram ini di pawagam berhampiran anda bermula pada 12 September 2019 untuk mengetahui keseluruhan kisahnya.

Ulasan:

Alhamdulillah portal filem Rollo De Pelicula telah berjaya menonton sebuah filem seram dari Rusia berjudul Quiet Comes The Dawn di GSC One Utama pada 10 September 2019 yang lepas. Seperti yang anda sedia maklum, jika anda selalu mengikuti setiap ulasan kami berkaitan filem Rusia yang ditayangkan di pawagam Malaysia maka pasti anda akan menyedari belum ada lagi mana-mana filem daripada negara berkenaan yang berjaya menarik hati kami untuk menyukai karya tersebut. Begitu juga untuk filem Quiet Comes The Dawn ini atau nama judul aslinya ialah Rassvet


Selepas menonton beberapa filem dari Rusia yang majoritinya adalah filem seram, kami berpendapat atmosfera filemnya adalah sangat berlainan dengan penerimaan majoriti penonton disini termasuk kami sendiri. Kebarangkalian besar kerana kita sudah sekian lama terdedah dengan filem-filem sama ada dari Hollywood, Bollywood, China dan negara serantau yang mempunyai ikatan, persamaan mahu pun perbezaan yang kita sudah sedari dan boleh diasimilasi untuk tontonan di pawagam. Namun, ianya sangat berbeza apabila melihat filem-filem dari Rusia dimana secara dasarnya ia mempunyai isi penceritaan yang boleh dikatakan menarik namun bagaimana plot penceritaannya diolah dan divisualkan dilihat sebagai kelemahan ketara dan tidak menepati selera serta kehendak penonton seperti kami. Quiet Comes The Dawn juga tidak terkecuali untuk tersenarai sebagai sebuah lagi filem Rusia yang membuatkan otak kami terasa lesu dan mengah untuk menyaksikan filem ini sampai ke penghujungnya.


Kisah filem Quiet Comes The Dawn di ini sebenarnya menarik apabila ia membawa penonton melihat bagaimana watak utamanya cuba menyelesaikan segala permasalahan dan ketakutan yang dihadapinya sewaktu berada di alam mimpi. Dibantu oleh beberapa adegan yang menggunakan teknik kejutan atau jump scare yang pada kami sedikit sebanyak membantu penonton untuk menikmati sedikit rasa seram filem ini. Kualiti visual meliputi gred warna filem dan sinematografi pada kami tiada masalah kerana filem-filem Rusia sememangnya mempunyai kekuatan dari sudut tersebut. Perubahan plot atau plot twist yang cuba digunakan di dalam filem ini pada kami ada sebahagiannya yang menjadi dan ada sebahagiannya yang kurang memberi impak. Kami boleh ibaratkannya di dalam dua situasi yang berbeza seperti anda suka pengakhiran yang dibaca pada novel tetapi anda sangat tidak menyukai pengakhiran yang divisualkan di dalam filem. Kami sedar filem ini cuba mengejutkan penonton pada babak akhirnya namun ia seolah-olah tidak sampai.


Apa yang menjadikan filem Quiet Comes The Dawn ini tidak memberi kesan yang maksima kepada jiwa penonton disebabkan oleh dua perkara. Pertama ialah momentum ceritanya yang sangat perlahan dimana penonton terpaksa menunggu terlalu lama untuk tiba ke babak-babak seram atau mengejutkan. Kami tidak bermaksud untuk menyatakan filem seram perlu sentiasa seram setiap saat namun adegan-adegan yang tidak ada unsur seram pula kurang kekuatan pula dari sudut penceritaan atau perkembangan kepada kisah watak-wataknya sampaikan ia kelihatan tersangat meleret, suram dan agak membosankan.


Namun, kelemahan yang ketara yang mungkin menjadi punca filem Quiet Comes The Dawn ini terlalu lemah untuk menarik perhatian kami ialah apabila filem ini telah dialih suara kepada bahasa Inggeris. Seperti yang kami pernah nyatakan pandangan berkaitan hal ini, kami yakin majoriti penonton sekarang tidak kisah dan boleh menerima bahasa asli filem itu sendiri kerana dengan dialog pertuturan asli lah penonton dapat menikmati persembahan lakonan, jiwa serta emosi penonton di dalam membawakan watak mereka. Konsep alih bahasa dan suara daripada pertuturan Rusia kepada Inggeris ini bukan sahaja menghilangkan roh sebenar watak-watak tersebut tetapi juga kelihatan terlalu melebih-lebih yang pada akhirnya membuatkan kebanyakan babak kelihatan agak menjengkelkan kami yang menonton kerana emosinya yang tidak sampai. Kesimpulannya, kami secara jujurnya sangat tidak menggemari filem yang dialih bahasa dan suara asal ini kerana ia pasti akan mengecewakan kami. Namun, terpulang buat anda jika berminat untuk menonton filem seram ini kerana masing-masing punya pendapat, pandangan serta citarasa tersendiri.


Jadi, selamat menonton filem Quiet Comes The Dawn di pawagam seluruh Malaysia bermula pada 12 September 2019 ini. Sila kongsikan artikel ini di laman sosial anda dan tinggalkan komen di bawah berkenaan pandangan anda terhadap filem ini untuk perkongsian buat kita semua. Sekian!

P/S : Ulasan Filem Seterusnya Yang Kami Akan Kongsikan Ialah Scary Stories To Tell In The Dark. Nantikan Ulasannya!

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Saya amat setuju dgn Hans berkaitan alih suara ni. Yes, dia punye emosi dan "soul" film tu tidak akan sampai, terasa "fake". Saya pon sama, amat pantang tengok film yg di alih suara. Apa salahnya kekal je bahasa Russia tu, lagi menarik dan "feel" film tu jika ditonton versi asal nya. Mungkin ada masalah nak cari translater bahasa Russia kot, heheh. Yg pasti saya dah serik tonton film Russia disebabkan masalah penceritaan yg lemah dan alih suara tu, nyesal dan tobat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha...nasib tengok free sebab member memang contest ajak tengok
      kalau tidak memang berbulu lah tengok if bayar tiket
      hahaha

      Padam
    2. Muahahah... sampai "berbulu" tu mesti tahap bengang masa tonton film Russia ni. Betoi, nasib baik free, kalau tak nyesal tak sudah Hans, heheh...

      Padam
  2. Yes menyesal tengok malam semalam.. Xpuas hati betul. Layak tggu siar kat tv lagi bagus. Memang wktu nak tggu ke babak seramm smpai tertido2 lama tggu. Yg aku xpaham dia dok ulang2 flashback tu ape yg dia nnk crite sbnrnye. Ingtkan dapat la tau knape mak dia tu terkejar2 lari dri rumah. Last2 hampeh xbgtau pon. Eh byk la kurang. Xpuass hati betol malam tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan tertipu dgn trailer dan poster film dari Russia ni, indah khabar dari rupa, sudah nya menyesal. Saya dah lama tobat tonton film dari negara tu. Baik layan Hindustan, Hans bg ulasan tinggi, heheh...

      Padam
    2. hahahaha..
      sabar-sabar
      lain kali usha-usha review dulu baru pergi tengok
      hehehe

      Padam
    3. betul tu Unknown..ini ada banyak filem Hindustan best minggu nih

      Padam