Review Filem Zombieland: Double Tap


Filem:
Zombieland: Double Tap

Penilaian:
9/10

Pengarah:
Ruben Fleischer

Genre:
Komedi & Seram

Pelakon:
Woody Harrelson, Jesse Eisenberg, Emma Stone, Abigail Breslin& Etc.

Pengedar:
Sony Pictures Entertainment

Tarikh Tayangan:
31 Oktober 2019

Sinopsis:
Filem ini mengisahkan adalah kesinambungan dari filem pertama yang mengisahkan tentang Columbus, Tallahasse, Wichita dan Little Rock yang kini kini perlu melawan zombi baru selain perlu berdepan dengan kerenah masing-masing. Saksikan filem yang penuh dengan unsur komedi dan mendebarkan ini di pawagam berdekatan anda bermula pada 31 Oktober 2019.

Ulasan:

Alhamdulillah portal filem Rollo De Pelicula telah mendapat jemputan daripada pihak Sony Pictures Entertainment untuk menghadiri tayangan media filem yang dinanti ramai pada penghujung bulan Oktober ini iaitu Zombieland: Double Tap bertempat di MBO Starling pada 24 Oktober 2019 yang lepas. 


Secara jujurnya, kami tidak pernah menonton filem pertama Zombieland ini namun jangan risau kerana ianya langsung tidak menganggu kefahaman anda untuk memahami jalan cerita filem ini. Jalan ceritanya ringkas tetapi ia dipenuhi dengan elemen humor komikal serta lawak bodoh alang yang memang sangat menghiburkan dan diluar jangkauan akal. Sejak permulaan cerita sehingga kepada penamatnya, kami yakin anda pasti tidak akan mampu untuk berhenti daripada ketawa kerana ianya memang betul-betul melucukan. 


Filem Zombieland: Double Tap juga memang padat dengan aksi gore yang walaupun kelihatan sangat menjijikkan tetapi sememangnya akan memuaskan nafsu anda yang inginkan babak-babak ganas yang sangat agresif. Elemen VFX, CGI serta solekan ngeri yang terdapat di dalam filem ini sememangnya kelihatan sangat realistik dan memukau. 


Filem Zombieland: Double Tap juga tidak ketinggalan di dalam menyampaikan mesej-mesej ringan berkaitan kekeluargaan serta hubungan percintaan tetapi ia bertambah menarik kerana disampaikan secara komedi. 


Secara keseluruhannya, filem Zombieland: Double Tap ini sememangnya sangat berbaloi untuk ditonton oleh anda yang meminati filem Zombie berkonsepkan komedi seram ini. Kami jamin anda pasti sangat terhibur menonton filem ini kerana ianya benar-benar melucukan dan memenuhi piawaian seram yang diinginkan. 


Jadi, selamat menonton filem Zombieland: Double Tap di pawagam seluruh Malaysia bermula pada 31 Oktober 2019 ini. Sila kongsikan artikel ini di laman sosial anda dan tinggalkan komen di bawah berkenaan pandangan anda terhadap filem ini untuk perkongsian buat kita semua. Sekian!

P/S : Filem Seterusnya Yang Kami Akan Ulas Ialah PusakaNantikan Ulasannya!

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Lepas ni kena layan Part 1 Hans, baru complete, heheh. Tak sangka dpt review lagi tinggi dari Terminator

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebab filem nih walaupun banyak lawak bodoh bangang tetapi memang kelakar nak mati
      hahahaha

      Padam