Review Filem Pusaka


Filem:
Pusaka

Penilaian:
6/10

Pengarah:
Razaisyam Rashid

Genre:
Seram

Pelakon:
Syafiq Kyle, Mimi Lana, Hafidz Roshdi, Farhanna Qismina,
Ogy Ahmad Daud, Faizal Hussein & Etc.

Pengedar:
Astro Shaw

Tarikh Tayangan:
31 Oktober 2019

Sinopsis:
Filem ini mengisahkan Inspektor Nuar yang ditugaskan untuk menyiasat tentang penemuan sepasang adik beradik kembar, Balqis dan Qistina yang ditemui dalam sebuah rumah kosong yang mana kedua-duanya telah dikurung secara misteri. Bagaimanapun, selepas penemuan itu, Inspektor Nuar mula diganggu dengan pelbagai kejadian aneh. Dia menyedari satu perkara dimana dia perlu segera menyelesaikan misteri di sebalik kembar tersebut kerana setiap orang yang berkait dengan kes itu pasti akan mati seorang demi seorang. Saksikan filem yang penuh dengan unsur seram dan kejutan yang mendebarkan ini di pawagam berdekatan anda bermula pada 31 Oktober 2019.

Ulasan:

Alhamdulillah portal filem Rollo De Pelicula telah berjaya menonton filem tempatan terbaru berjudul Pusaka bertempat di TGV Cinemas One Utama pada 2 November 2019 yang lepas. Kami agak terlewat untuk menonton filem ini disebabkan kesibukan yang tidak dapat dielakkan. Maka ini adalah hasil ulasan kami selepas menonton filem yang berdurasi 1 jam 34 minit ini. 


Ramai yang memuji dan memuja filem ini sehinggakan majoriti mengatakan filem Pusaka adalah filem terbaik Malaysia untuk tahun 2019. Namun, kami pula sebaliknya kerana kami merasakan ada beberapa perkara yang menghalang kami untuk bersetuju dengan pandangan majoriti. Kami tidak bermaksud untuk mengatakan filem ini teruk kerana ada banyak perkara yang menarik untuk diberi pujian. Jadi, mari kita mulakan dengan perkara-perkara indah terlebih dahulu. Perkara pertama yang menarik perhatian kami ialah lakonan para pelakon utamanya. Syafiq Kyle misalnya berjaya tampil dengan persembahan lakonan yang betul-betul memukau dimana kami seolah-olah merasa dekat dengan watak Inspektor Nuar dari sudut emosinya. Begitu juga dengan pelakon hebat yang tidak perlu dipersoalkan lagi seperti Ogy Ahmad Daud. Selain itu, persembahan daripada Mimi Lana dan Hafidz Roshdi juga pada kami agak menarik perhatian. Namun, kekuatan ini nampaknya ditenggelami oleh beberapa perkara yang agak mengganggu tontonan kami untuk keseluruhan filem.


Salah satu perkara yang sangat mengganggu tontonan kami ialah muzik latar yang seakan-akan cuba mengambil peranan elemen jump scare dimana ia kelihatan terlalu dominan digunakan di dalam babak-babak seram atau thriller yang terdapat di dalam filem Pusaka ini. Sememangnya kami agak kecewa dengan hal ini kerana filem ini dilihat sudah mempunyai kekuatan yang cukup hebat di dalam aspek sinematografi dimana ia tidak memerlukan lebihan skor bunyi yang sedikit mengjengkelkan semata-mata untuk memaksa penonton menjerit ketakutan sepanjang masa. Hal ini berkemungkinan besar disukai oleh majoriti penonton namun pada kami ia sesuatu yang merugikan buat filem ini yang sepatutnya boleh pergi lebih jauh meninggalkan bayang-bayang filem Munafik.


Selain itu, kami melihat perkembangan watak dua pasangan kembar iaitu Nuar dan Nur serta Balqis dan Qistina yang sebenarnya punya sesuatu yang menarik tetapi ia seolah-olah seperti tersekat oleh sesuatu sehingga menyebabkan sisi-sisi lain pasangan kembar ini terhalang daripada untuk difahami atau memahami penonton itu sendiri. Perkembangan watak Inspektor Nuar sebenarnya sangat mengelirukan pemahaman kami dari sudut keimanan dan islamik yang cuba disampaikan melalui bantuan watak Sarjan (lakonan Hafidz Rosdi) yang kerap kali berdialog tentang ingatan terhadap yang maha Esa, perkara syirik dan seumpamanya sedangkan hal ini seolah-olah sangat lari jauh dengan apa yang dipaparkan tentang watak Nuar pada ketika itu. Pergelutan jiwa serta rohani dalaman watak Inspektor Nuar juga kelihatan kabur dimana kami tidak nampak elemen-elemen penting yang mewajarkan kepada masalah yang dialami oleh Inspektor Nuar ini. Nak katakan Inspektor Nuar ini tidak beriman tetapi penonton sejak awal ditontonkan dengan babak watak ini mengambil wuduk. Jadi, kesinambungan dialog-dialog antara watak Inspektor Nuar dan Sarjan ini sangat mengelirukan kami tentang perkara yang cuba disampaikan ini. Belum lagi melihat kepada hubungan watak kembar antara Nuar dan Nur dimana keserasian sebagai adik beradik itu kurang kelihatan dan sehingga kini kami masih tercari-cari apa masalah sebenar yang berlaku antara kedua-dua adik beradik ini selain daripada masalah ketagihan dadah. Banyak lagi sebenarnya kemusykilan yang bersarang di fikiran tetapi biarlah ianya dihentikan disini sahaja untuk kami kongsikan tentang faktor-faktor lain pula. 


Antara perkara lain yang sangat mengganggu tontonan kami ialah melihat kemunculan Faizal Hussein yang bercakap loghat utara sehinggakan kami merasakan ianya seperti satu pembaziran besar apabila kemunculan pelakon ini disia-siakan. Secara jujur, kami merasakan tidak ada kekurangan atau kesalahan pun jika dibiarkan sahaja Faizal Hussein bercakap secara biasa tanpa terlalu dipaksa-paksa untuk bercakap dialek Utara kerana bukannya semua watak di dalam filem ini bercakap Utara. Tidak dinafikan filem ini sememangnya berjaya tampil dengan elemen-elemen seram yang menarik dan menghiburkan namun pengkhususan kisah kepada setiap watak di dalam filem Pusaka ini dilihat terlalu terkejar-kejar penyampaiannya sehingga segala-galanya kelihatan kurang jelas. Yang jelas hanya impak seramnya yang melayakkan filem ini untuk digelar sebagai filem popcorn horror terbaik untuk tahun 2019. Secara keseluruhan, filem ini menghiburkan untuk ditonton jika anda suka dikejut-kejutkan dengan kejutan yang pelbagai namun ianya tidak berjaya memberikan satu kepuasan yang maksimum buat kami untuk dibawa keluar dari panggung usai tamat menonton naskah ini. 


Jadi, selamat menonton filem Pusaka di pawagam seluruh Malaysia bermula pada 31 Oktober 2019 ini. Sila kongsikan artikel ini di laman sosial anda dan tinggalkan komen di bawah berkenaan pandangan anda terhadap filem ini untuk perkongsian buat kita semua. Sekian!

P/S : Filem Seterusnya Yang Kami Akan Ulas Ialah Sebuah Filem Bollywood Berjudul Housefull 4Nantikan Ulasannya!

Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. fuhh syafik kyle!! mungkin tunggu tontonan di tv saja

    BalasPadam
  2. Sy puas hati dengan elemen seram cume saya mengharap ade related kemba balqis n adek beradik nuar nur. Dan kalau nak buat plit twist macam faizal hussein tu ke yg sbny jahat

    BalasPadam
    Balasan
    1. bagi saya elemen seram dia kurang
      means terlalu mengharap pada jump scare dan skor bunyi

      Padam
  3. tengok trailer filem ni pun dah seram, memang tak la akak nak nengok filem ini heheh... walauun di bayar

    BalasPadam
  4. Saya tabik tanda setuju pd Hans yg "menidakkan" pendapat netizen yg mengatakan film ini adalah antara yg terbaik 2019 dgn ulasan yg tepat lagi jujur. Saya lebih percayakan ulasan Hans dari orang lain sebab Hans menilai dlm pelbagai sudut tanpa menyebelah mana² pihak. Syabas Hans, teruskan lagi ulasan yg jujur, TQ...

    BalasPadam
  5. dah tengok movie ni .. jalan cerita dah thrill cuma setiap scene dilihat seperti tidak sampai atau feel sehinnga kita merasa ceritanya setiap babak
    betul2 meresap.

    BalasPadam
  6. Setuju, dah tengok semalam. Haah, efek bunyi memang melampau sampai bunyi pintu terbukak pun kuat gila...tapi storyline memang bagus, berbaloi untuk ditonton

    BalasPadam
    Balasan
    1. storyline pun kurang mencengkam lah sebab ada benda yang kelihatan macam plot hole
      tetapi, paling mengganggu ialah efek bunyi yang terlalu mencuba untuk menakutkan penonton.

      Padam
  7. Hmm...dia punya jump scare mengalahkan The Conjuring! Sebenarnya buleh ja bandingkan filem ni dengan cerita hantu paling pemarah iaitu filem Ju On! Terlalu marah sampai semua orang nak dibunuhnya!
    Level jump scare ni amat sesuai dengan mentaliti rakyat malaysia yang nak cerita hantu mesti menakutkan tanpa mempedulikan jalan cerita.
    1. Apahal Balqis sampai muntah darah keluar gambar org yang akan dibunuh sendangkan dia yang membela Saka tersebut? kalau setiap kali Saka dia nak pi bunuh orang dan dengan jumlah muntah darah macamtu, rasanya balqis tu akan mati x cukup darah nanti
    2. Setuju dengan penulis bab IO mengambil wuduk tapi Sargent tu pulak bersungguh sungguh tentang isu syirik seolah olah IO tersebut tidak beriman?
    3. Yang bagusnya cerita ni berbanding filem seram Malaysia yang lain adalah tiada penglibatan hero tiba tiba iaitu Ustaz yang mampu menewaskan makhluk halus. Bagus IO sendiri yang settlekan hantu tersebut
    4. Unsur kelakar yang x dapat dikesan oleh penonton lain time mike tu terkunci dari dalam.Habis doa makan pun dia baca. Time tu pulak mmg tengah suspen. rasanya penonton pun dok baca doa sekali
    5. Pengakhiran ketika IO kata pada adiknya yang beliau ada harapan cerah amat tak logik. Perbuatan IO membunuh ketika dirasuk dirakam cctv. Gila patahkan pinggang orang tua kot, confirm ke tali gantung.
    6. Balqis di akhir jadi apa? Dah la tiada Saka sudah, adakah beliau akan menjadi pembunuh upahan sebab baliau masih mengekalkan muka tak puas hati di dalam bas?
    7. Rating 6/10 jer layak untuk filem ni. Untuk jumlah jump scare dan hantu yang timbul tak kira masa layak dapat 10/10

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehehe
      yer itu lah antara beberapa point yang bagus untuk diutarakan

      Padam