Review Filem The Amazing Spider-Man



Filem:
The Amazing Spider-Man


Pengarah:
Marc Webb


Genre:
Aksi, Fantasi & Thriller


Pelakon:
 Andrew Garfield, Emma Stone, Rhys Ifans,
Denis Leary, Martin Sheen,Sally Field & Etc.


Penilaian:
6 / 10


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan seorang anak yatim piatu bernama Peter Parker yang dibesarkan oleh ibu dan bapa saudaranya. Ibu bapanya telah meninggal dunia dalam satu tragedi misteri selepas menyerahkan Peter Parker kepada ibu dan bapa saudaranya. Atas dasar ingin tahu, Parker yang telah menemui sebuah dokumen rahsia di dalam sebuah beg lama milik ayahnya telah menyiasat dan atas bantuan bapa saudaranya dia telah menemui sahabat baik bapanya iaitu saintis ternama, Dr Curt Connor. Penyiasatan Parker telah membawanya ke makmal ujikaji milik Dr Connor dan di situ dia digigit oleh seekor labah - labah yang merupakan haiwan uji kaji Dr Connor. Masalah mula timbul apabila Dr Connor menggunakan penyelesaian sains bantuan Parker untuk menyelesaikan teka - teki uji kajinya. Akhirnya Dr Connor telah berubah menjadi mahluk cicak mutasi. Mampukah Parker menghalang Dr Connor dari terus melakukan keganasan? Saksikan filem ini untuk mengetahui jawapannya.


Ulasan Hans:

Pemilihan Andrew Garfield untuk watak Spider Man mungkin pernah dipertikaikan oleh ramai pihak sebelum ini namun aku merasakan Andrew sudah berjaya memberikan satu dimensi baru kepada watak lelaki labah - labah ini dalam sisi yang lebih gelap dan mengharukan. Aku cukup suka dengan plot cerita untuk filem kali ini mengenai bagaimana Peter Parker boleh berubah menjadi seorang lelaki yang mempunyai kuasa yang sama seperti labah - labah. Walaupun terdapat sedikit persamaan dengan filem - filem sebelum ini namun bagi aku kisahnya jauh meninggalkan jalan cerita yang begitu stereotaip dan sememangnya aku sukakan perubahan cerita yang lebih menyegarkan. Masih meneruskan legasi watak Peter Parker yang dibuli dan kurang keyakinan diri namun ianya tidak ketara dan masih boleh diterima kerana bagi aku Peter Parker yang baru ini tidak lah kelihatan skema dan bagi aku Andrew Garfield berjaya merubah gaya Peter Parker menjadi lebih maskulin dan ada gaya tersendiri. Peter Parker kali ini lebih berani menyuarakan rasa cintanya keoada Gwen dan tidak seperti watak - watak Spiderman sebelum ini dan aku sukakan babak ini.


Peter Parker Kali Ini Lebih Sempoi! Hehe!


Elemen kekeluargaan kali ini jelas berjaya diterapkan dengan baik sehingga berjaya menenggelamkan elemen percintaan(mungkin hampir melupakan) antara Peter Parker dan Gwen Stacy buat seketika dimana hubungan antara Peter dengan bapa dan ibu saudaranya jelas menguasai hampir setengah perjalanan cerita filem ini. Satu yang menarik untuk diperjelaskan disini ialah mengenai kehebatan superhero kali ini. Jika diperhatikan secara mendalam sebenarnya watak Peter Parker kali ini adalah yang paling menyedihkan pada pandangan aku. Bukannya disebabkan lakonan Andrew Garfield kerana bagi aku dia berjaya memberi emosi dan karakter tersendiri kepada watak lelaki labah - labah ini. Tetapi, punca sebenar yang menyedihkan ialah segala kejadian yang berlaku adalah disebabkan ego Peter Parker sendiri.


Salah Satu Babak Aksi Yang Menarik


Lihat sendiri segala punca masalah sebenarnya berpunca dari Parker sendiri. Bapa saudaranya mati dibunuh kerana cuba mencari dia yang melarikan diri selepas insiden pertengkaran antara mereka berdua. Dr Connor berubah menjadi lelaki cicak juga disebabkan kegopohan Parker yang membantu Dr Connor menyelesaikan satu penyelesaian sains untuk eksperimennya. Bapa Gwen juga mati gara - gara untuk menyelamatkan Parker. Kesimpulannya, segala masalah ini sebenarnya berpunca daripada Peter Parker sendiri dan tugasnya ialah untuk memperbetulkan kembali segala kesalahan yang telah dilakukannya tanpa sengaja. Memang berlainan daripada filem - filem Spiderman yang lain namun ini membuatkan aku agak menyukai filem ini sebenarnya kerana kemegahan menjadi superhero itu telah pun berjaya dihilangkan di dalam filem kali ini. Hahaha!


Filem Hollywood Kalau Tak Ada Babak Macam Nih Memang Tak Sah!


Beberapa kelemahan yang dapat dikesan disini ialah mengenai Dr Connor yang bermutasi menjadi lelaki cicak dan apa yang cuma difokuskan hanyalah kepada ekornya yang boleh diputuskan dan tumbuh semula seperti mana cicak - cicak lain yang kita lihat dekat dinding. Sayangnya kelebihan cicak yang lain seperti lidah misalnya yang langsung tidak dimanfaatkan di dalam aksi pertarungan antaranya dan spiderman. Selain itu bagaimana tiba - tiba sebuah makmal yang cukup lengkap dengan segala jenis peralatan yang wujud lengkap dengan segala punca elektrik dibawah terowong air bawah tanah juga boleh dipersoalkan memandangkan Dr Connor sendiri sememangnya tidak mampu mengawal diri apabila berubah menjadi manusia cicak. Hahaha!


Seronok Tengok Babak Tangan Tumbuh Kembali Nih


Namun, satu babak yang paling aku suka ialah babak akhir dimana Peter Parker bertemu ibu saudaranya dan menyerahkan telur yang dibelinya. Aku cukup sukakan babak itu dan bagi aku babak itu cukup manis. Menonton di dalam format 3D juga agak memberi kepuasan walaupun tidak banyak babak - babak yang menarik untuk ditonton di dalam format ini. Apa - apapun, filem The Amazing Spider-Man kali ini ada kelainan yang memang agak menarik dan aku juga terhibur dengan unsur komedi yang terdapat dalam naskhah kali ini. Jadi, selamat menonton kepada yang belum menonton!

P/S : Sekarang Susah Betul Nak Menonton Filem Dekat Wayang! (^_^)Y

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. jalan cerita takleh nk ubah.. kene ikut komik gak.. mcm mne dia jadi spider-man, takkan nk buat dia suntik racun spider plak kan.. dlm komik cerita dia kene gigit, so kene la buat filem dia kene gigit gak.. gwen stac mmg awek asal peter, bukan mary jane.. kali ni dorang mmg ikot betul2 mcm dlm komik.. spider-shooter tu pun sebijik mcm dlm komik :) - aku lg suka spider-man skrg berbanding dulu :)

    BalasPadam
  2. MeuzAngelo : saudara meuz...maaf yer..saya bukannya mempersoalkan bagaimana dia boleh jadi spiderman..tapi apa yang saya katakan saya sukakan filem kali nih sebab jalan cerita dia lebih segar dan lain daripada kisah2 spiderman sebelum nih.. harap maklum yer :-)

    BalasPadam