Filem:
Alita: Battle Angle
Penilaian:
8/10
Pengarah:
Robert Rodriguez
Genre:
Fiksyen Sains
Pelakon:
Pelakon:
Rosa Salazar, Christoph Waltz, Jennifer Connelly, Mahershala Ali,
Ed Skrein, Jackie Earle Haley, Keean Johnson & Etc.
Tarikh Tayangan:
5 Februari 2019
Pengedar:
20th Century Fox
Sinopsis:
Alhamdulillah pihak Rollo De Pelicula mendapat jemputan istimewa daripada pihak 20th Century Fox untuk menghadiri tayangan istimewa filem Alita: Battle Angle bertempat di TGV Cinemas One Utama pada 31 Januari 2019 yang lepas. Terima kasih tidak terhingga kami ucapkan buat Cik Clariss Oii atas jemputan kerana ternyata filem sains fiksyen ini bukan sahaja sangat menghiburkan tetapi imej janaan komputer CGI filem sangat terbaik, teliti dan begitu mengagumkan anak mata kami sepanjang menonton filem ini dengan cermin mata 3D.
Filem ini mengisahkan tentang Alita yang merupakan sebuah cyborg yang ditemui oleh Dr. Dyson Ido di sebuah kawasan buangan barang-barang logam dan besi di Iron City. Alita telah dibaiki dan apabila Alita sedar, dia mendapati dia tidak mempunyai sebarang memori untuk tahu tentang siapa dirinya yang sebenar. Jadi, Alita menyedari bahawa dia akan mengingati tentang siapa dirinya sedikit demi sedikit apabila ia terlibat di dalam pertarungan. Dr Dyson Ido cuba menggagalkan cubaan Alita untuk mengetahui tentang siapa dirinya yang sebenar. Jadi, apabila Alita mula mendapat tahu rahsia besar tentang dirinya yang sebenar maka Alita terpaksa bersedia untuk berhadapan dengan musuh-musuhnya yang akan cuba untuk menghancurkan Alita. Saksikan filem hebat dan sangat mengagumkan dari segi imej janaan komputer CGI ini di pawagam berdekatan anda bermula pada 5 Februari 2019 untuk mengetahui kisah Alita yang selanjutnya.
Ulasan:
Alhamdulillah pihak Rollo De Pelicula mendapat jemputan istimewa daripada pihak 20th Century Fox untuk menghadiri tayangan istimewa filem Alita: Battle Angle bertempat di TGV Cinemas One Utama pada 31 Januari 2019 yang lepas. Terima kasih tidak terhingga kami ucapkan buat Cik Clariss Oii atas jemputan kerana ternyata filem sains fiksyen ini bukan sahaja sangat menghiburkan tetapi imej janaan komputer CGI filem sangat terbaik, teliti dan begitu mengagumkan anak mata kami sepanjang menonton filem ini dengan cermin mata 3D.
Filem fiksyen sains ini mengisahkan tentang masa hadapan di tahun 2563 dimana pakar robotik bernama Dr Dyson Ido ini telah menemui sebahagian rangka cyborg berusia 300 tahun yang dicipta berdasarkan kemajuan sains yang sangat maju dan dia mendapati teras otak cyborg ini masih hidup. Dr Dyson yang hidup kesunyian dan merindukan anak perempuannya yang telah mati akhirnya mengambil keputusan membina semula cyborg ini dan menamakannya dengan nama Alita iaitu nama anak perempuannya sendiri. Dr Dyson sebenarnya telah mengetahui siapakah sebenarnya identiti cyborg Alita ini tetapi dia mengambil keputusan untuk menyembunyikan rahsia tersebut bertujuan untuk melindungi Alita tetapi disebabkan Alita pada asalnya memang dicipta sebagai seorang pahlawan di zaman lampaunya maka sedikit demi sedikit ingatan Alita kembali untuk menjawab persoalan tentang apa sebenarnya yang terjadi di bumi pada 300 tahun yang lepas.
Seperti biasa hasil karya James Cameron sememangnya sentiasa memberikan kejutan kepada peminat serta pengkritik filem seantero dunia. Memukau dengan kisah robot masa depan sebelum berganjak mencetus fenomena dunia dengan kisah cinta romantik disebalik tenggelamnya kapal Titanic yang dikenang industri filem dunia. Kemudian tampil dengan kisah makhluk biru di dunia yang indah dan penuh dengan magis warna iaitu Avatar. Kini, sekali lagi James Cameron mengejutkan semua dengan imaginasi visual sinematiknya yang di luar jangkaan untuk filem Alita: Battle Angle dan menarik untuk ditonton di layar perak.
Cuma sekali imbas untuk wajah latar tempat di dalam filem Alita: Battle Angle ini, ia mengingatkan aku tentang beberapa buah filem dimana ia seolah-olah gabungan idea yang dikumpulkan semula dan digabung serta ditambah baik untuk diletakkan di dalam filem Alita: Battle Angle ini. Aku melihat ada sedikit unsur-unsur persamaan seperti di dalam filem Elysium, Ghost In The Shell dan Ready Player One. Walau bagaimanapun, filem ini masih mempunyai kekuatan tersendiri dari segi imej janaan komputer atau CGI yang sangat memukau. Menghabiskan masa hampir dua dekad untuk memastikan filem Alita: Battle Angle ini menjadi kenyataan, ternyata penantian tersebut tidak sia-sia. Aku sebagai penonton dapat melihat sejauh mana kehebatan teknologi telah meningkat maju melalui watak utamanya Alita dimana ekpresi wajah serta dipadukan dengan pergerakan lincah di dalam babak aksi bersama para pelakon manusia berjaya membuatkan aku terlupa bahawa watak Alita itu sebenarnya adalah hasil buatan manusia melalui imej janaan komputer dan bukannya manusia yang sebenar.
Menonton dengan cermin mata 3D adalah satu pengalaman tontonan yang indah kerana usaha pihak produksi di dalam memberi yang terbaik di dalam perkara ini adalah mengjangkaui 100 peratus daripada harapan asal aku sendiri. Segala-galanya di dalam filem Alita: Battle Angle kelihatan sangat teliti,kemas dan memukau pandangan mata aku yang dapat menyaksikan bukan sahaja keunikan dan kecantikan ini datangnya daripada watak cyborg Alita serta watak-watak cyborg semata-mata, tetapi latar tempat pemandangan bandar serta operasi pembaikan robotik yang betul-betul dihasilkan dengan jelas dan kelihatan begitu nyata menjadikan filem ini memang layak diberi pujian menggunung untuk sudut tersebut. Lihat sahaja babak pertembungan di antara Alita serta Grewishka yang begitu mengujakan sehingga berjaya membuatkan aku terlupa bahawa kedua-dua watak ini bukannya manusia sebenar. Jelas disini bahawa filem ini berjaya menggabungkan hasil CGI ini di dalam versi digital untuk diletakkan ke dalam pergerakan pelakon-pelakon aksi lain yang sebenarnya hidup. Satu perkara yang sememangnya berjaya dilakukan sehabis sempurna apabila melibatkan karya James Cameron ini.
Aku juga cukup sukakan teknik koreografi yang digunakan di dalam filem Alita: Battle Angle ini untuk babak-babak berkaitan aksi di dalam permainan Motorball dimana aksi-aksi ganas Alita berlawan di arena tersebut dengan adegan-adegan memusnahkan cyborg-cyborg yang lain melalui belahan badan, tangan serta tengkorak sememangnya begitu mengasyikkan. Cuma aku berpandangan bahawa plot pertengahan dan akhir filem Alita: Battle Angle ini ada sedikit kelemahan dan mulai goyah kerana kekaburan serta kelompongan dari segi kesinambungan cerita berkaitan dengan kisah Alita dan dunia Zalem serta hubungan percintaan antara Alita dan Hugo. Bagaimana filem ini memaparkan kehidupan Alita di masa lalu sebagai seorang tentera cyborg untuk memusnahkan Zalem tidak mempunyai struktur penceritaan yang kukuh dan sebenarnya kelihatan agak lemah tambah-tambah apabila dipaparkan di dalam keadaan dramatik. Begitu juga dengan kisah percintaan Alita serta Hugo yang kelihatan aneh dan emosinya terlalu cepat disampaikan hingga aku merasakan babak ini tidak berjaya memerangkap jiwa aku sebagai penonton untuk mempercayai atau meyakini perkara ini dengan terbuka.

Namun, aku merasakan ini adalah sebagai satu taktik pihak produksi serta James Cameron untuk menangguhkan pembongkaran dua plot cerita ini kerana jelas sekali mereka sememangnya merancang untuk membawa persoalan-persoalan ini ke dalam intipati sekuel kedua filem Alita: Battle Angle ini nanti. Ia jelas dapat dijangka memandangkan para penonton masih belum mengetahui siapakah pemilik sebenar yang berada di Zalem yang merupakan antagonis dan perancang utama disebalik semua ini serta misi Alita untuk mendapatkan akses ke Zalem melalui babak akhir yang masih memaparkannya sedang berjuang di dalam arena Motorball.
Jadi, selamat menonton filem Alita: Battle Angle dan pastikan anda menonton filem ini di dalam versi IMAX 3D atau ATMOS untuk pengalaman tontonan yang lebih menarik dan penuh kepuasan. Jangan lupa kongsikan artikel ini di laman sosial anda dan tinggalkan komen di bawah berkenaan pandangan anda terhadap filem ini. Sekian!
P/S : Filem Seterusnya Yang Akan Diulas Ialah Sebuah Filem Animasi Yang Memaparkan Kelibat Naga Yang Comel Iaitu Filem How To Train Your Dragon: The Hidden World. Nantikan Ulasannya!
8 Ulasan
Yes, amat tepat rekemen Hans, semlm berjaya tonton di IMAX 3D. Visual 3D dan sound efx nya amat gempak. Meremang bulu roma. Walaupon bukan J.Cameron yg direct, tapi sentuhan action director otai R.Rodriguez memang hebat... we want more, heheh
BalasPadamkan?
Padammemang puas hati bila tonton dalam versi IMAX 3D
dia punya kerja memang teliti...sekecil-kecil benda pun nampak jelas macam betul
hehehe
Betoi Hans... saya pon sama, kalo tonton movie, detail kat belakang2, dinding, baju, armour, mata, kulit, rambut etc memang saya appreciate. Oeh itu film Alita memang saya kagum termasok la sound efx dan soundtrack nya, yeah...
BalasPadamhehehe
Padamitulah
sebab masa tengok tu, memang kagum gila sebab benda seolah-olah depan mata
nampak details masa Dr Dyson Ido tu pasang dan betulkan si Alita tu
masa tu kagum gila...hahaha
Yes... yes, part Dr. Ido tengah repair Alita. Tools dan benda yg display kat monitor tu pon detail. Belom lagi parts dlm badan Alita... demn details, heheh
Padamyes...selalu kadang2 bila mereka guna CGI ini hanya fokus kepada perkara yang penonton nak tengok tetapi untuk filem ini memang dia jaga semua..
Padamsampaikan kita pada penonton tiba-tiba rasa nak tengok benda lain sebab nak menikmati kehebatan cgi filem ini..dan boleh kata semuanya sempurna
Setuju Hans, walaupon J.Cameron hanya producer sahaja tapi trademark ke-detail-an nya dia maintain, heheh...
BalasPadamhehehe...betul lah tu
Padambab2 CGI nih memang dia champion