Filem:
Aadai
Penilaian:
7/10
Pengarah:
Rathna Kumar
Genre:
Ngeri
Pelakon:
Amala Paul, Ramya Subramanian, Adiraj, Vivek Prasanna & Etc.
Tarikh Tayangan:
19 Julai 2019
Pengedar:
DMY Creation Sdn Bhd
Sinopsis:
Sinopsis:
Filem ini mengisahkan seorang wanita bernama Kamini yang percaya bahawa dia boleh melakukan segala-gala yang dikehendakinya. Berfikiran terlalu terbuka menyebabkan Kamini sentiasa melakukan sesuatu yang diluar batas seorang wanita. Memandangkan bangunan tempat Kamini dikosongkan untuk berpindah ke tempat baru, Kamini mengambil keputusan untuk berparti bersama rakan-rakannya. Keesokan paginya, Kamini terkejut besar apabila mendapati dirinya berada di dalam bangunan tempat kerjanya tanpa seurat benang sekali pun. Tiada sebarang kotak, kertas atau pakaian di dalam bangunan tersebut yang boleh digunakan oleh Kamini untuk menutupi tubuhnya. Jadi, Kamini cuba untuk keluar daripada bangunan tetapi pelbagai halangan telah mengganggu cubaan Kamini. Lebih menakutkan Kamini telah terbunuh seseorang tanpa sengaja sewaktu cuba untuk keluar dari bangunan tersebut. Apa sebenarnya yang berlaku? Saksikan filem yang menarik ini di pawagam berhampiran anda bermula pada 19 Julai 2019 untuk mengetahui jawapannya.
Ulasan:
Alhamdulillah portal filem Rollo De Pelicula telah berjaya menonton sebuah filem Tamil yang berjudul Aadai di TGV Cinemas Jaya Centre pada 20 Julai 2019 yang lepas. Filem ini memberikan kami pelbagai rasa untuk dikongsikan. Dimulakan dengan sebuah kisah yang dipaparkan di dalam bentuk animasi berkaitan cerita wanita bernama Nangeli yang berlaku pada zaman revolusi penentangan cukai di beberapa kawasan seperti Karela. Nangeli merupakan pejuang yang menentang undang-undang cukai yang dikenakan kepada wanita yang menutup payudaranya sehingga pada hari terakhir hidupnya, Nangeli telah memotong payudaranya sehingga menyebabkan undang-undang tersebut akhirnya berjaya dihapuskan. Tajuk filem ini iaitu Aadai sendiri bermaksud pakaian dimana para penonton telah menerima pembayang bahawa filem ini sebenarnya berkisar tentang pakaian dan maruah seorang wanita yang terletak pada pakaian yang menutupi tubuh mereka.
Sejam pertama filem Aadai ini kemudiannya berlangsung dalam plot penceritaan yang lebih memberi fokus kepada pembinaan watak Kamini yang bekerja di sebuah saluran TV dimana Kamini terlibat di dalam menerbitkan sebuah rancangan gurauan @ prank yang diberi nama Thoppi Thoppi. Walaupun demikian, terdapat beberapa adegan yang masih memberi fokus terhadai pakaian @ Aadai iaitu mimpi Kamini berkaitan dirinya memakai sari yang dirasakannya seolah-olah satu mimpi ngeri. Kamini beranggapan memakai sari atau pakaian tradisi merupakan salah satu bentuk konservatif jika dilihat bagaimana dirinya memandang ibunya yang tidak putus asa untuk meminta Kamini memakai sari dan menjadi seperti wanita-wanita lain yang patuh pada tradisi. Selebihnya, hampir keseluruhan plot cerita pada sejam pertama akan membawa para penonton melihat karakter Kamini serta keinginan dirinya di dalam mencapat matlamat dengan sanggup melakukan apa cara sekali pun.
Namun, kami mengakui agak tertarik dengan konsep pemilihan jenis gurauan @ prank yang dimasukkan di dalam filem ini dimana ia sebenarnya bertujuan untuk menguji diri kita sendiri sama ada menyukai prank yang tidak beradab seperti itu dengan menganggapnya sebagai hiburan atau sebaliknya. Ini kerana sebarang keputusan yang kita pilih untuk sejam pertama ini akan kembali berbalik semula kepada kita dengan satu persoalan pada akhir filem nanti. Ia satu teknik yang pada kami agak menarik apabila diguna pakai di dalam filem ini.
Amala Paul telah berjaya membawa watak Kamini atau nama sebenarnya Sugandhira Kodi dengan betul-betul meyakinkan. Kami menyukai karakter watak ini yang tidak stereotaip dan sukar untuk diramal. Watak ini benar-benar ditulis dengan baik dan dilakonkan dengan cukup bergaya untuk menggambarkan seorang wanita yang jiwanya begitu kuat memberontak, mempunyai ego yang tinggi dan pantang dicabar oleh mana-mana pihak. Jadi, apabila satu kejadian misteri melanda Kamini dimana dia bangun dalam keadaan bogel di tempat kerjanya tanpa seurat benang mahu pun sehelai kertas menutupi tubuhnya, maka disini ia telah menimbul dua persoalan yang betul-betul menarik untuk diketahui oleh penonton. Pertama semestinya ialah siapa sebenarnya yang membogelkan Kamini dan terdapat banyak suspek untuk dituduh iaitu kekasihnya, rakan wanitanya, rakan sekerja atau ada orang lain yang bertanggungjawab? Keduanya ialah untuk penonton melihat sendiri bagaimana Kamini yang sebelumnya tidak kisah untuk berbogel di hadapan orang ramai sewaktu dicabar rakannya tiba-tiba berasa risau dan takut untuk ditatap dalam keadaan sedemikian oleh orang ramai. Persoalan-persoalan ini yang berjaya menjadikan bahagian kedua filem ini kelihatan sangat menarik, meningkatkan rasa teruja dan dibantu dengan elemen-elemen yang penuh dramatik menjadikan penonton betul-betul berasa ingin tahu tentang apa sebenarnya yang berlaku.
Amala Paul telah berjaya membawa watak Kamini atau nama sebenarnya Sugandhira Kodi dengan betul-betul meyakinkan. Kami menyukai karakter watak ini yang tidak stereotaip dan sukar untuk diramal. Watak ini benar-benar ditulis dengan baik dan dilakonkan dengan cukup bergaya untuk menggambarkan seorang wanita yang jiwanya begitu kuat memberontak, mempunyai ego yang tinggi dan pantang dicabar oleh mana-mana pihak. Jadi, apabila satu kejadian misteri melanda Kamini dimana dia bangun dalam keadaan bogel di tempat kerjanya tanpa seurat benang mahu pun sehelai kertas menutupi tubuhnya, maka disini ia telah menimbul dua persoalan yang betul-betul menarik untuk diketahui oleh penonton. Pertama semestinya ialah siapa sebenarnya yang membogelkan Kamini dan terdapat banyak suspek untuk dituduh iaitu kekasihnya, rakan wanitanya, rakan sekerja atau ada orang lain yang bertanggungjawab? Keduanya ialah untuk penonton melihat sendiri bagaimana Kamini yang sebelumnya tidak kisah untuk berbogel di hadapan orang ramai sewaktu dicabar rakannya tiba-tiba berasa risau dan takut untuk ditatap dalam keadaan sedemikian oleh orang ramai. Persoalan-persoalan ini yang berjaya menjadikan bahagian kedua filem ini kelihatan sangat menarik, meningkatkan rasa teruja dan dibantu dengan elemen-elemen yang penuh dramatik menjadikan penonton betul-betul berasa ingin tahu tentang apa sebenarnya yang berlaku.
Walaupun daripada beberapa faktor di atas, filem Aadai dilihat cemerlang dan mengekalkan momentum positifnya, namun segala-galanya agak mengecewakan pada suku akhir filem ini. Selepas kami terhibur dengan beberapa adegan menarik seperti insiden bunuh tanpa sengaja yang dilakukan Kamini, hampir ditangkap oleh pihak polis yang mencari di sekitar kawasan bangunan serta dikejar anjing liar namun kami merasakan pengakhiran filem ini seakan-akan satu bentuk penamat yang terlalu klise dan membosankan. Walaupun penggunaan muzik serta skor latar belakang filem Aadai berjaya berfungsi dengan sebaik mungkin di dalam memberikan rasa seram dan kejutan kepada penonton namun kami melihat klimaks filem ini dihasilkan dalam keadaan terlalu tergesa-gesa sehingga menjadikan filem ini yang pada awalnya berada di tahap yang ekslusif seakan-akan berubah wajah kepada sebuah karya yang tidak berjiwa. Ini terjadi apabila elemen 'kebetulan' menjadi pilihan mudah untuk menamatkan penceritaan ini. Ditambah pula dengan beberapa watak seperti Jenny yang merupakan rakan Kamini yang tiba-tiba hilang pada pertengahan filem tanpa sebarang penjelasan kukuh membuatkan klimaks filem ini agak mengecewakan kami.
Kami akui filem Aadai telah menggunakan terlalu banyak masa pada separuh masa pertama filem ini untuk menerangkan tentang kisah Nangeli serta rancangan Thoppi Thoppi yang dilihat telah mencuri sinar kegemilangan yang sepatutnya diperoleh pada penamat filem ini. Gimik yang diberikan pada pengakhiran filem dilihat kurang menjadi dan ini yang memberi masalah besar kepada filem Aadai untuk melangkah lebih jauh menyertai filem-filem Tamil yang hebat pada tahun 2019. Kami nampak filem ini sebenarnya memperjuangkan kebebasan serta hak wanita yang sebenarnya semakin tersepit disebabkan wanita itu sendiri yang terlalu menyanjung pemikiran liberal dari barat. Ianya kelihatan agak berjaya disebabkan elemen feminism serta patriaki berjaya diterapkan dengan baik di dalam penceritaannya. Namun, sekali lagi kami tegaskan apa yang merosakkan keseluruhan jalan cerita filem ini daripada berterusan cemerlang adalah pengakhirannya yang terlalu mudah dan klise. Secara keseluruhannya, filem Aadai telah menampilkan satu percubaan yang hebat di dalam membawa kelainan dan kepelbagaian di dalam industri Kollywood dan pujian besar seharusnya diberikan kepada Amala Paul kerana watak Kamini yang diberikan roh oleh pelakon tersebut sememangnya memberikan aura yang cukup hebat di dalam menjadikan filem Aadai bukan sekadar sebuah filem biasa tetapi punya tenaga luar biasa yang menghiburkan.
Jadi, selamat menonton filem Aadai di pawagam seluruh Malaysia bermula pada 19 Julai 2019 ini. Sila kongsikan artikel ini di laman sosial anda dan tinggalkan komen di bawah berkenaan pandangan anda terhadap filem ini untuk perkongsian buat kita semua. Sekian!
P/S : Filem Seterusnya Yang Kami Akan Ulas Dan Kongsikan Dengan Anda Ialah Sebuah Filem Seram Dari Indonesia Iaitu Kuntilanak 2. Nantikan Ulasannya!
0 Ulasan