Filem Tenet dimulakan dengan sebuah babak aksi yang berlaku di sebuah bangunan operasa dimana bangunan tersebut telah ditawan oleh sekumpulan pengganas yang cuba mencari satu benda yang diingini oleh mereka. Permulaan babak ini sangat menarik kepada kami kerana ia sudah menyajikan satu rasa yang cukup seram, mendebarkan dan adalanya menakutkan jika ianya betul-betul berlaku di dalam dunia sebenar. Tidak membuang masa kerana babak ini dipaparkan dengan cukup menarik dan kelihatan betul-betul realistik sebelum konsep 'time-inversion' mula diguna pakai untuk membuatkan para penonton untuk mula dan cuba berfikir di luar kotak untuk menyelesaikan teka-teki yang mula ditinggalkan di dalam filem Tenet ini.
Sememangnya konsep 'time-inversion' yang diguna pakai di dalam filem Tenet ini boleh dilihat sebagai satu konsep baru yang cukup unik namun seperti yang kami katakan pada permulaan ulasan dimana ia mula membuatkan filem ini kelihatan seperti ada sesuatu yang tidak kena atau kurang jelas sehingga meninggalkan satu lompong yang besar pada keseluruhan penceritaannya dimana ia memberikan satu hak mutlak kepada penonton untuk menentukan dan mempercayai sendiri apa yang mereka rasa mereka ingin percaya. Adakalanya ia dilihat agak caca merba dan kurang teliti namun pada waktu yang sama juga ia dilihat unik dan agak kreatif jika dibandingkan dengan filem-filem Christopher Nolan sebelum ini.
Namun, kami merasakan filem Tenet bukan sebuah karya agung Nolan yang harus dijulang terlalu tinggi. Ia adalah sebuah karya yang baik buat masa ini namun kami tetap merasakan karyanya terdahulu terutama filem Memento adalah sebuah filem yang lebih bagus, teliti dan bijak di dalam memperdayakan penonton pada penghujungnya. Berbeza dengan filem Tenet yang lebih gemar menyuap penonton dengan jawapan segara namun adakalanya permainan manipulasi masa yang digunakan kerap kali menghukum kembali filem ini dengan perkara-perkara yang boleh dipersoalkan terutama berkaitan dengan garis masa filem tersebut yang cuba dibuat terlalu kompleks sehingga memakan diri. Kami melihat filem ini lebih mesra dengan setiap jenis penonton yang datang menonton. Tidak dilupakan, filem Tenet turut menampilkan elemen aksi yang cukup memukau dibantu dengan skor filemnya yang pada kami sangat hebat. Tidak dilupakan juga sinematografi filem ini yang cukup cantik membuatkan filem Tenet berjaya meneruskan legasi Nolan yang hebat di dalam pekara tersebut.
Pemilihan pelakon yang sangat tepat untuk watak-watak di dalam filem ini seperti John David Washington, Robert Pattinson dan Elizabeth Debicki juga dilihat betul-betul membantu kami sebagai penonton untuk merasai setiap deria watak-watak ini yang keliru, gelisah dan pada masa yang sama berani untuk berhadapan dengan perkara yang diluar logik akal manusia. Kesimpulannya, filem Tenet telah tampil dengan sebuah konsep baru yang bukan sahaja unik tetapi berjaya memberi pengalaman baru buat penonton mahu pun para peminat karya beliau. Walaupun, filem ini adakala dilihat terlalu bercita-cita tinggi di dalam menampilkan kelainan sehinggakan memberi kesan besar kepada keseluruhan ceritanya namun ia masih sebuah filem yang menarik dan wajib ditonton oleh para kaki wayang di Malaysia. Satu karya yang berbaloi untuk ditonton dan dihargai ideanya.
2 Ulasan
seems menarik!filem aksi nih
BalasPadamdah tonton?
Padamokay tak?