Review Filem KL Vampires


Filem:
KL Vampires

Penilaian:
1/10

Pengarah:
Daven R

Genre:
Aksi & Seram

Pelakon:
Raja Ilya, Josiah Hogan, Aeril Zafrel, Reen Rahim, Doni Alamsyah, Pablo Amirul & Etc.

Pengedar:
Empire Film Solution

Tarikh Tayangan:
14 November 2019

Sinopsis:
Filem ini mengisahkan dua kumpulan pontianak yang berketurunan Raja Bersiong. Mereka tidak lagi menghisap darah manusia. Sebaliknya, mereka menggantikannya dengan darah sintetik. Ketika ini, kumpulan pontianak yang paling kuat diketuai oleh Ratu Pontianak bernama Ratu Citra Sari yang dibantu oleh ketua komander Shah. Sebuah lagi kumpulan diketuai oleh Argus yang merupakan anak kepada Panglima Adi Wijaya yang mengkhianati Raja Bersiong, bapa kepada Ratu Citra Sari. Argus cuba membangkitkan semula tentera bapanya yang dibunuh bersama Panglima itu kira-kira 200 tahun lalu oleh Raja Bersiong menggunakan sihir yang menimbus mereka ke dalam tanah. Walau bagaimanapun, pembangkitan semula itu hanya boleh dilakukan dengan sebilah `pisau bersiong` bersama mantera istimewa. Saksikan filem ini untuk mengetahui kisah seterusnya.

Ulasan:

Alhamdulillah pihak Rollo De Pelicula telah menerima jemputan daripada pihak Empire Film Solution untuk menghadiri malam gala filem KL Vampires bertempat di MMcineplexes eCurve, Mutiara Damansara pada 7 November 2019 yang lepas. Filem KL Vampires ini cuba membawa satu konsep baru kepada sinema perfileman Malaysia dimana walaupun ianya berkisar tentang pontianak @ vampire tetapi ia cuba membawa satu perkara baru yang cuba berasimilasi dengan kisah seram dongeng warga tempatan. Ada perkara yang dilihat menjadi dan ada juga yang sebaliknya.


Filem KL Vampires dimulakan dengan adegan pengenalan berkenaan dengan kisah berkaitan Raja Bersiong disamping diselang-selikan dengan kisah yang dicipta dalam bentuk animasi. Tidak dinafikan animasinya boleh dinikmati oleh santapan mata walaupun ia seakan-akan mengingatkan kami kepada filem-filem daripada India yang gemar menggunakan kaedah ini saat ingin berbicara tentang kisah perihal sejarah lama kepada penonton.


Filem KL Vampires juga dilihat agak cemerlang dari sudut kesan janaan imej khas atau CGI berdasarkan kos pembikinan yang rendah. Dapat dilihat imej hadapan istananya yang boleh dikatakan kemas dan tidak terlalu kelihatan animasi wajar diberi pujian. Selain itu, kemunculan watak cameo yang hebat seperti Wan Hanafi Su dan Cecep Arif Rahman juga dilihat berjaya membantu adegan yang melibatkan mereka kelihatan hebat dan mempesona. Kami juga menyukai suara narator yang rupa-rupanya adalah milik pelakon Bront Palarae dimana suaranya sesuai di dalam mengangkat suasana filem ini menjadi dramatik dan menarik apabila melibatkan penceritaan di dalam bentuk animasi.


Namun, kami melihat filem KL Vampires ini mempunyai beberapa kelemahan ketara terutama berkaitan dengan naratif penceritaan serta kelemahan beberapa watak utamanya. Hal ini jelas dapat dilihat pada watak Shah yang dilakonkan oleh Josiah Hogan dimana karakter yang dibawakannya ini dilihat lemah dari sudut lontaran vokal dialognya yang sangat mendatar. Masalah ini dilihat sangat mengganggu tontonan penonton kerana lontaran dialog yang sangat lemah, tidak punya jiwa dan mengganggu adegan-adegan dramatik mahu pun klimaks. Kisah percintaan antara Indera dan Reem juga dilihat tidak meyakinkan dan adakalanya dilihat sangat caca merba. Selain itu, watak Indera yang dilakonkan oleh Aerel Zafrel juga mengalami masalah dari sudut gangguan jalan cerita dimana terdapat satu babak yang menjadikan watak Indera ini berubah menjadi antagonis. Namun, akibat potongan atau suntingan adegan yang tidak kemas menjadikan hal ini seakan-akan satu bahan lucu yang sangat menyedihkan.


Kami juga melihat koreografer aksi yang terdapat di dalam filem KL Vampires ini kurang memberi impak yang maksimum walaupun dimaklumkan ianya datang daripada pihak-pihak yang hebat dari Indonesia. Tiada satu pun babak-babak aksi yang kelihatan dramatik atau boleh meninggalkan impak seperti mana saat kami menonton filem Geran sebelum ini. Elemen humor yang terdapat di dalam filem ini juga dilihat kurang menjadi. Walaupun bukan kesemuanya gagal namun sayang kerana unsur-unsur lucu yang diisi di dalam penceritaan kelihatan gagal menyatu dengan baik disebabkan kelemahan watak-watak ini di dalam menyampaikannya dengan sebaik mungkin. Selain itu, kami juga melihat kerugian besar apabila pihak produksi tidak memanfaatkan kecantikan istana pada awal serta di pertengahan filem sedangkan kami melihat lokasi babak akhir filem ini begitu cantik dan melambangkan istana lama yang lebih mempunyai nilai ekslusifnya yang tersendiri. Secara keseluruhan, filem KL Vampires ini dilihat masih terlalu jauh di dalam usahanya untuk memujuk penonton marhaen untuk cuba menerima kisah pontianak atau vampire yang dikatakan berada di Kuala Lumpur ini.


Jadi, selamat menonton filem KL Vampires di pawagam seluruh Malaysia bermula pada 14 November 2019 ini. Sila kongsikan artikel ini di laman sosial anda dan tinggalkan komen di bawah berkenaan pandangan anda terhadap filem ini untuk perkongsian buat kita semua. Sekian!

P/S : Filem Seterusnya Yang Kami Akan Ulas Ialah Sebuah Filem Yang Dinanti Ramai Iaitu Charlie's AngelsNantikan Ulasannya!

Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. Di barat, Vampires ada kaitan dgn Vlad the Impaler atau berasal dr Transylvania. Tapi di sini rupanya berkaitan dgn Raja Bersiong pula. Aduh, nasib baik la saya tak tonton di pawagam, kalau tak sudah pasti saya gelak sekuat hati dgn intro yg pada saya amat kelakar sekali. Tetapi kreatif juga mereka dpt idea utk mereka membuat film sebegini. Ni mesti pihak produksi nak bersaing dgn filem Afdlin Shauki Pontianak vs Orang Minyak, heheh...

    BalasPadam
  2. Macam menarik juga untuk di tonton filem ni. Tapi tu lah terlalu banyak filem nak dipertontonkan bulan ni.. Ahaha.. ade rezeki ada la nanti pergi nontonnya

    BalasPadam
  3. Pun takde penilaian.. Mgkin below 5 jgkla ni.. Filem Raja bersiong tapi pengarah dari India? Mungkin versi caca marba hasilnya sbb confirm dia taktau sejarah melayu sekadar letak pelakon tempatan jer

    BalasPadam
  4. Balasan
    1. hahahaha
      tak boleh pergi lah filem nih
      sebab tu letak lambat rating tu
      biar habis tayang dekat pawagam dulu

      Padam
  5. Cerita SAMPAH.. gentle cakap..ingat best..tapi hmmm Sadiss..grafik cartoon sangat..hadehh

    BalasPadam
    Balasan
    1. jadi setuju tak dengan penilaian ulasan nih? hahaha

      Padam
  6. berapa pembikinan filem ni..nak cek kat mana

    BalasPadam