Review Filem Poochandi

 

Filem:
Poochandi 

Penilaian:
8/10

Pengarah:
JK Wicky

Genre:
Ngeri

Pelakon:
RJ Ramana, Ganesan Manohgaran, Tinesh Sarathi Krishnan, Logan, Hamsni Perumal & Etc.  

Pengedar:
Trium Studio & Poketplay Sdn Bhd

Tarikh Tayangan:
27 Januari 2022

Sinopsis:
Filem ini mengisahkan Murugan yang merupakan seorang wartawan dan sedang mengumpul kisah-kisah seram untuk sebuah majalah. Apabila tiba di Malaysia, dia telah mendengar pelbagai kisah aneh daripada orang ramai. Namun satu insiden `supernatural` telah mengubah hidupnya buat selama-lamanya. Saksikan filem tamil tempatan yang menarik ini di pawagam berhampiran anda bermula pada 27 Januari 2022 untuk mengetahui kisah seterusnya.
 
Ulasan:

Alhamdulillah portal filem Rollo De Pelicula telah berjaya menonton sebuah filem Tamil tempatan berjudul Poochandi di GSC IOI Puchong pada 2 Februari 2022 yang lepas. Sememangnya filem arahan JK Wicky ini menampilkan sebuah pesona yang cukup mengagumkan dimana kami berpandangan beliau telah berjaya meletakkan filem tamil tempatan di satu tahap yang cukup mengagumkan. Secara jujurnya, ini adalah filem tamil tempatan pertama yang kami tonton tetapi menampilkan kualiti visual yang sangat bagus dan seolah-olah filem ini dihasilkan oleh pihak produksi luar negara. Memang wajar diberi pujian buat semua krew produksi yang terlibat di dalam penghasilan filem ini.


Tidak dinafikan pada bahagian awal penceritaan filem Poochandi ini bermula, kami melihat ianya disampaikan dengan gaya serta momentum yang meleret dan perlahan. Namun suntikan elemen komedi pada beberapa adegan berjaya menyelamatkan beberapa babak awal filem ini daripada dilihat meleweh tanpa arah tuju. Namun, segalanya mula berubah apabila konflik dan misteri mula ditimbulkan melalui permainan Spirit of the Coin yang berjaya menimbulkan banyak persoalan yang perlu dirungkaikan oleh penonton untuk mendapatkan jawapan yang paling bersesuaian.

Jadi, permainan perubahan plot atau plot twist yang diwujudkan di dalam filem Poochandi ini boleh dikatakan agak menarik dan cemerlang pada pandangan kami dimana ia membuatkan filem ini kelihatan lain daripada filem-filem seram tempatan yang ada sebelum ini. Tidak dinafikan ada juga beberapa perkara yang sudah boleh ditebak sejak awal namun ianya masih wajar diberi satu penghargaan kerana plot twist yang berlaku pada pertengahan dan penghujung filem boleh dikatakan jarang dibikin oleh produksi tempatan. Lebih membanggakan kerana cubaan di dalam filem ini menjadi dan berkesan untuk membuatkan filem ini berjaya memberikan impak dan meningkatkan kepuasan majoriti penonton.

Seperkara yang menarik perhatian kami ialah filem ini tidak menggunakan teknik jumpscare untuk menakutkan penonton tetapi suasana seram itu ditimbulkan melalui sinematografi, bunyi latar dan juga permainan kamera yang bijak. Filem Poochandi juga dilihat kreatif di dalam memasukkan kisah-kisah berkaitan sejarah kaum India yang datang ke Malaysia, negeri Kedah sebagai pengeluar besi terhebat di dunia serta elemen-elemen mistik kaum India sendiri yang membuatkan filem ini tampil unik, menimbulkan rasa ingin tahu penonton yang bukan berbangsa India dan mampu berdiri dengan lebih kukuh dengan identiti tempatan. Permainan Spirit of the coin hanya sebagai dasar semata-mata kepada filem ini kerana elemen-elemen yang kami sebutkan tadi sebenarnya yang telahn berjaya membuatkan filem ini bernyawa dengan lancarnya.

Para pelakon yang membintangi filem Poochandi juga dilihat cemerlang di dalam membawakan watak masing-masing dan setiap perubahan emosi dan karakter mereka juga dilihat sangat meyakinkan. Mungkin disebabkan kekangan baget menyebabkan ada beberapa perkara menjadi kekangan seperti jumlah props dan lokasi yang sangat terhad, Serta terdapat juga beberapa persoalan yang masih belum terjawab dimana mungkin ianya sengaja dibuat sebegitu untuk menghasilkan sekuel untuk filem ini. 

Apa-apapun, secara keseluruhan filem Poochandi boleh dikatakan sebagai salah sebuah filem Tamil tempatan yang bukan sahaja meletakkan satu tetapan tertinggi buat produksi filem Tamil di Malaysia sahaja tetapi turut mencabar produksi-produksi filem Melayu dan Mandarin untuk turut menghasilkan filem sebegini pada masa-masa mendatang.

Jadi, selamat menonton filem Poochandi yang telah ditayangkan bermula pada 27 Januari 2022 ini. Sila kongsikan artikel ini di laman sosial anda dan tinggalkan komen di bawah berkenaan pandangan anda terhadap filem ini untuk perkongsian buat kita semua. Sekian!

P/S : Filem Seterusnya Yang Kami Akan Ulas Ialah ?! Nantikan Ulasan Filem Tersebut Dalam Waktu Terdekat.

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. At 1st when my wife bought the ticket and it was a Malaysia movie I thought it will be a waste of money. But after watching the movie, I would say its a very good movie and worth all my time. Salute the local cinema for coming out with this kind of movie. Hope more to come.

    BalasPadam