Review Filem KL Special Force


Filem:
KL Special Force

Penilaian:
7 / 10

Pengarah:
Syafiq Yusof

Genre:
Aksi

Pelakon:
Fattah Amin, Rosyam Nor, Syamsul Yusof,
Sabrina Ali, Esma Daniel, Ramona Zamzam, Mustaqim Bahadon & Etc.

Tarikh Tayangan:
8 Mac 2018

Terbitan:
Skop Production Sdn Bhd

Sinopsis:

Filem ini berkisarkan tentang kisah kumpulan Unit Khas PDRM yang diketuai oleh Roslan dan mereka berusaha untuk menumpaskan sekumpulan perompak yang dikenali sebagai Geng Anarkis. Geng Anarkis ini diketuai oleh seorang lelaki bernama Asyraff. Seorang anggota polis muda bernama Zul pula diserapkan di dalam unit khas PDRM untuk membantu Roslan menyelesaikan kes berkaitan Geng Anarkis ini tetapi situasi bertukar sebaliknya kerana Asyraff bijak memanipulasikan perasaan, minda dan rasa syak wasangka antara Roslan dan Zul. Namun, sebuah rahsia besar bakal terbongkar apabila Geng Anarkis ini merompak bank kepunyaan Dato Mior. Apakah rahsia besar tersebut? Adakah pihak polis mampu menumpaskan Geng Anarkis? Saksika filem ini untuk mengetahui jawapannya.

Ulasan:

Alhamdulillah! Selesai sudah menonton filem KL Special Force untuk tayangan pertama iaitu pada pukul 8.10 malam. Menonton trailer filem KL Special Force sebelum ini mengingatkan aku kepada filem New Police Story lakonan Jackie Chan dimana penjenayah-penjenayahnya turut memakai topeng yang lebih kurang sama. Jadi, sebelum menonton aku mengharapkan agar jalan ceritanya tidak sama seperti itu dan alhamdulillah Syafiq Yusof memang tidak mengecewakan aku.

TERUK FATTAH AMIN DIPERLAKUKAN DI DALAM FILEM INI. HAHA!

Filem ini bagi aku agak menarik kena banyak twist plot yang berlaku dan adakala hampir berjaya membuatkan aku tertipu. Hahaha! Paling aku suka ialah babak akhir filem ini sebab memang lain daripada filem Skop Production sebelum ini dan agak menarik lah pada pandangan aku. Memang kalau aku tonton filem Syafiq Yusof nih aku akan mengharapkan twist plot yang di luar jangkaan seperti mana di dalam filem Desolasi. 

BABAK MELIBATKAN SHAHARUDIN TAMBY DENGAN ROSYAM NOR ADALAH BABAK WAJIB TONTON DAN MENGHIBURKAN. HAHA!

Satu perkara yang aku perasan dalam filem KL Special Force kali ini ialah dialog-dialog yang melibatkan anggota-anggota polis yang memang lari 100 peratus daripada filem-filem kepolisan keluaran Skop Production sebelum ini. Permulaan awal filem ini lagi aku dah dapat saksikan dialog-dialog yang dilontarkan oleh watak-watak utama yang berperanan sebagai anggota polis ini dengan bahasa yang sangat pasar, kasar dan terasa hidupnya disitu. Senang cakap dah tak wujud dah gaya bahasa protokol macam dalam drama Gerak Khas tu macam "Yer, Tuan!" atau "Saya faham Tuan!". Itu semua dialog mengampu. Haha! Tetapi, kali ini memang bila babak yang melibatkan maki hamun atau rasa tidak puas hati sesama watak dilontarkan dengan begitu realistik dan ini yang aku nanti-nantikan daripada filem kepolisan Malaysia.

AKU SUKA WATAK YANG DIBAWA OLEH RAMONA ZAM ZAM NIH TETAPI SAYANG WATAK NIH TIDAK DIKEMBANGKAN DENGAN LEBIH MENDALAM

Jalan cerita filem ini juga bagi aku masih menarik kerana dibantu dari segi penyuntingan yang laju untuk setiap babak dan membuatkan aku tidak pernah terasa setiap babak di dalam filem ini meleret atau membosankan. Cuma aku masih rasa ada sedikit kelompongan di dalam cerita ini dari segi pengenalan kepada watak-watak pembantu penjenayah yang diberi nama Geng Anarkis di dalam filem ini. Sayang sedikit sebab salah satu watak penjenayah wanita lakonan Ramona Zam Zam sebenarnya menarik untuk dikembangkan lagi atau pun diperjelaskan secara ringkas tetapi filem ini lebih memberi tumpuan kepada ketiga-tiga watak utama.

FATTAH AMIN BUAT STUNT SENDIRI WEHHH! JANGAN MAIN-MAIN!

Berita baik untuk peminat Fattah Amin kerana lakonan Fattah di dalam filem ini harus diberi pujian. Babak aksi, lagak ngeri serta pergaduhan yang melibatkan Fattah memang boleh dibanggakan. Aku pasti pujian ini pasti akan dibenci oleh haters Fattah. Hahahaha! Tetapi, secara jujur lakonan Fattah memang bagus dan lain daripada kebiasaan yang aku pernah lihat. Selalu aku tengok watak lakonan dia mesti nak leleh-leleh dan jiwang jer memanjang. Sebenarnya Fattah nih boleh pergi jauh cuma dia kena pandai pilih watak dan pelbagaikan lagi karakter yang dia lakonkan. Kalau dulu aku tengok Fattah berlakon babak sedih yang menangis bagai nak rak tu memang aku tak dapat terima sebab bagi aku macam kurang sampai. Tetapi, untuk lakonan dia di dalam filem ini, aku sebenarnya sangat kagum kerana Fattah dapat menjiwai watak yang dipegangnya itu dengan sangat baik. Cara dia sampaikan emosi dan ditunjukkan melalui riak wajah ketika ketawa, menangis, sakit dan angkuh memang sampai dan berjaya. Tahniah Fattah Amin! Teruskan lagi berlakon dan memilih watak yang lebih mencabar selepas ini. Tetapi, ada juga reaksi wajah Fatah di dalam beberapa babak filem ini yang aku rasakan kurang sesuai sebab macam terjadi comel pula. Dan ada juga satu dua babak yang aku rasa macam pelik tengok cara Fattah Amin pegang pistol. Aku pun tak tahu kenapa. Mungkin siapa-siapa yang dah tengok filem nih pasti faham atau bersetuju dengan aku. Hahaha!

MEMANG TERBAIK LAKONAN ROSYAM NOR DALAM KL SPECIAL FORCE

Apa-apapun, aku tabik hormat kepada lakonan Datuk Rosyam Nor. Sumpah terbaik cara dia membawakan watak Roslan nih. Sampai sekarang aku ingat skrip caci maki dia dalam filem nih yang memang sempoi habis. Sampai sekarang aku ingat babak dia menangis keluar air mata disebabkan kejadian yang menimpa anak dan isteri di dalam filem ini. Sampai sekarang aku ingat babak dia marah dan mengamuk dengan isteri dia yang dilakonkan oleh Sabrina Ali. Serius aku suka betul cara dia menghidupkan karakter Roslan nih sebab setiap rasa yang dia tonjolkan tu memberi kesan kepada aku. Aku nampak bagaimana susahnya dia bila tersepit di antara kepercayaan, kesetiaan, keluarga dan kehendak diri dia. Aku tak pelik kalau Datuk Rosyam Nor dapat anugerah pelakon filem terbaik untuk filem KL Special Force nih sebab di usia yang tak silap aku dah masuk 50 tahun, lakonan dia masih mantap dari semua segi.

SYUKUR ALHAMDULILLAH WATAK SYAMSUL YUSOF DALAM FILEM NIH DAH TAK POYO. HAHAHA!

Akhirnya, Syamsul Yusof berjaya menjadi watak antagonis yang disukai oleh aku. Secara jujurnya, aku langsung tak minat watak antagonis dia di dalam filem KL Gangster sebab aku rasa macam dia terlalu mencuba untuk jadi jahat. Tetapi, aku puji wataknya sebagai Asyraff di dalam filem kali ini. Inilah yang aku nak Syamsul! Orang tua-tua kata hang berlakon steady ja sudah! Lakonan yang lebih bersahaja. Tidak perlu bergua-gua dan berlu-lu dah. Aku dapat lihat Syamsul tidak lagi menjadi Syamsul tetapi menjadi watak yang dilakonkannya. Apa aku boleh kata lakonan Syamsul kali ini semakin matang dan berisi.

SEDIH AKU TENGOK KERETA TU TERBAKAR! HAHAHA! KERETA MAHAL TU WEHH!

Filem ini ialah sebuah filem aksi yang serius. Kadang-kadang tu adalah sedikit unsur humor tetapi bukan wujud atas dasar lawak-lawak bodoh tetapi berdasarkan skrip dan jalan cerita yang diolah dengan cukup menarik. Sebut filem aksi keluaran Skop Production nih memang tidak dapat larilah daripada meletupkan kereta-kereta polis dan kereta-kereta mewah. Memang banyak letupan yang membabitkan kereta-kereta ini yang memang menarik untuk ditonton. Tak silap ada lebih kurang 10 buah kereta yang telah berjaya diletupkan dengan sempurna di dalam filem ini. Cuma aku sedikit kurang berkenan dengan aksi yang melibatkan polis-polis yang ditembak sebab adakala seakan-akan menonton filem Tamil sikit. Mudah betul polis-polis yang biasa nih mati kena tembak sedangkan penjenayah tu berada dalam keadaan yang terbuka tanpa ada perlindungan apa-apapun. Ini memang aku tak boleh terima. Hahaha!

KONFLIK DUA WATAK UTAMA FILEM INI YANG MENARIK UNTUK DITONTON

Aku juga cukup mesej-mesej yang cuba disampaikan di dalam filem ini tidak kira daripada watak protagonis mahu pun antagonis itu sendiri. Watak Roslan ada falsafah tersendiri! Watak Zul pula ada prinsipnya! Watak Asyraff pula ada pegangan yang tersendiri! Dan sebenarnya segala pegangan mereka ini ada kebenaran dan logik akal yang tersendiri. Sebab itu aku suka filem ini sebab ia bukan sekadar filem yang menjual aksi semata-mata tetapi turut menjual mesej-mesej yang bagi aku menjadikan filem ini bukannya sebuah filem yang kosong. Sekali lagi aku ucapkan tahniah pada Syafiq Yusof kerana filemnya ada pelbagai rencah dan isi yang sedap-sedap.

WATAK TAMBAHAN POLIS-POLIS BIASA TU BANYAK TERKORBAN DI DALAM FILEM INI

Amboi Hans!! Banyak betul pujinya!! Skop Production bayar kau berapa nih?? Okay! Jangan risau! Sekarang tiba pula kepada kekurangan atau kelemahan berdasarkan pandangan aku yang menonton. Apabila menyentuh bab aksi, semuanya dah okay cuma ada juga babak-babak yang aku rasa agak janggal sedikit seperti aksi tembak menembak antara penjenayah dan pasukan polis di kawasan yang melibatkan orang awam serta aksi kejar mengejar di mana jalan raya agak lengang. Maksud aku disini ialah babak-babak ini tidak menaikkan adrenalin aku ke tahap yang maksimum sebab nampak jelas kesan darah yang memancut hasil terkena tembakan sangat tidak asli. Hahaha! Mungkin di masa akan datang Syafiq boleh menjadikan babak-babak ini lebih nampak realistik.

INILAH TANIA HUDSON

Oh yer! Aku teringat seorang pelakon wanita iaitu Tania Hudson yang menjadi tunang kepada watak Zul lakonan Fattah Amin. Aku rasa Tania masih belum memberi sepenuhnya jiwa kepada watak yang dibawanya itu. Adakalanya aku merasakan emosi yang diberi kurang bertenaga atau dengan erti kata lain tidak sampai. Ada satu babak genting yang melibatkan nyawa watak yang dibawanya tetapi aku tidak dapat melihat sepenuhnya ketakutan yang ditunjukkan itu. Sayang sebenarnya sebab watak yang Tania bawa tu kalau betul-betul dilakonkan dengan emosi dan pergerakan tubuh yang sempurna mesti akan membuatkan babak tersebut menjadi lebih kemas dan menyentuh hati.


Baiklah! Sebenarnya banyak lagi aku nak taip tetapi aku rasa adalah lebih baik kalian semua menonton sendiri filem ini di pawagam berhampiran. Sokonglah filem KL Special Force sebab watak-watak utama telah memberikan lakonan yang sangat mantap. Fattah Amin pun dah tak kayu. Syamsul Yusof pun dah tak nampak poyo jadi watak jahat. Plot cerita yang pantas dan sangat menarik. Suntingan yang bagus. Lagu latar yang hebat. Aksi-aksi yang mendebarkan. Dialog-dialog polis yang sudah tidak lagi berprotokol seperti selalu. Apa lagi yang korang nak? Tengok jer lah! Sokong lah filem tempatan! Sekian :)

Catat Ulasan

46 Ulasan

  1. amboi pnjg betul review dia..penat cikyan nak baca...hahaha..kalo cikyan, taktau la boleh msuk ke tak dgn crita yg mcm ni..hahahhaa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. mana ada panjang pun..pendek je..haha

      Padam
    2. serius ka fattah buat stunt sendiri? serius? kezuttt mak !

      Padam
    3. and last : pendapat kita sama.. fattah aminnn dah tak kayu dah...dan syamsul pon dah tak poyo sgt dah jadi watak pnjahat.hahahha..

      Padam
  2. Best la kalau citer tak seskema citer kepolisan yang lepas...

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes
      filem nih polis2 dah tak skema
      semua cakap main sedap jer
      tu yang best tu
      hahaha

      Padam
  3. macm best ni.
    menarik minat.
    sempat tak agknya nk menonton wyg ni.
    hahahha

    BalasPadam
    Balasan
    1. sempat punya
      filem nih confirm box office
      kalau box office tarikh tayangan dia lama dekat pawagam
      hehehe

      Padam
  4. agak tidak adil untuk sdr menyatakan ttg perlu watak2 sampingan jahat diberikan subplot kerana tumpuan filem ialah jalinan hubungan Lan-Zul dan bagaimana mereka perlu selesaikan konflik antara mereka untuk menumpaskan Syamsul. Dengan meletakkan "perlu ada cerita" ini sdr sebenarnya tidak faham mengapa filem itu filem secara sebenarnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. owh maaflah saudara Fadz
      ini adalah pandangan saya yang masih amatur
      memang filem ini ialah jalinan hubungan Lan dan Zul serta berkaitan dengan konflik mereka untuk menumpaskan Zul
      cuma bagi saya semakin meanrik jika ada sublot untuk watak sampingan penjahat2 geng anarkis tu.
      saya faham filem ini melalui cara saya sendiri
      apa-apapun terima kasih atas komen dan pandangan saudara :)

      Padam
  5. Review yang ohsem.. Buat sha rasa macam nak tengok pula.. kikiki.. Kalau betullah shamsul dah tak poyo..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha
      watak jahat dia selalu macam poyo-poyo kan
      tetapi untuk filem ini dah okay
      pandangan saya jer lah bab poyo tu
      hehehe

      Padam
  6. Best reviewnya. In shaa Allah nanti nak tonton dkt pawagam.

    BalasPadam
  7. saya bukan peminat bamtah sangat, sebab kurang minat dengan drama sendu dia. tapi bila tgok trailer dia, Fattah amin nampak lain. macam terpanggil-panggil nak pergi tengok.

    terima kasih untuk review ni, sebab tunggu dekat twitter, tak lalu-lalu pun review pasal movie ni. huhuu.




    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha
      ingat sapa bamtah tadi..rupa2 abam fattah..haha
      sebab baru tayang semalam...lepas nih banyak lah review keluar

      Padam
  8. UWAAAHH. SUKA-SUKAAA. Noted! mau saya tonton!
    jarang-jarang saya lihat film Malaysia (cause i'am indonesian :))

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih kerana sokong filem Malaysia :)

      Padam
  9. wah panjangnya review
    review jujur ni

    BalasPadam
  10. panjang tui review....cm BEST jugak...sbb ade fatah amin...eh eh

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      minat fattah amin ler tu
      tengok lah nanti

      Padam
  11. haa bab syamsul tu, akak pun rasa dulu2 dia berlakon gensgster mcm poyo je hehehe...kalau kali ni ok kira baguslah.

    waaa fattah amin tak kayu dah ye, perkembangan yang bagus tu..inshaAllah nak tengok nanti, baca review macam seronok untuk ditonton nih

    BalasPadam
  12. Macam best jer cerita ni. Oleh kerana review macam menarik. Kena pergi tonton wayang juga lepas ni. Ada Fattah amin, huhu.

    BalasPadam
  13. ulasan yang amat mantap..

    memang sesuai la bro dengan pengalaman penulis skrip

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya biasa-biasa jer
      ada lagi yang mantap
      saya tak faham filem sangat..hehehe

      Padam
  14. Betol....watak ramona tu stylo!!!!

    BalasPadam
  15. dah tgk semalam..setuju yg fattah dah x kayu dan shamsul jd jahat x poyo mcm sebelum ni ��

    citer ni best dari segi idea,plot n aksi..tapi bab2 mcm cerita tamil bila tembak menembak tu tak tahan..dekat pun x kena..kesian pulak tengok bila digambarkan begini..macam polis malaysia x pegi latihan menembak hehe ��kena la realistik sikit kan...nnt marah abam2 polis tengok��

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha
      tu lah
      tapi abam2 polis tak boleh marah sebab cerita nih dibuat pun ada nasihat daripada pegawai polis yang terlibat
      hehehe

      Padam
  16. Terbaik..skop production & citer polis berpisah tiada..dialog menarik, cerita laju..seronok menonton..

    BalasPadam
  17. ha'ah happy sangat tengok fattah amin dalam movie ni

    BalasPadam
  18. tringin nak tngok cita ni. tp masih belum brkesempatan. hehe

    BalasPadam