Filem:
Think Of Me
Penilaian:
5/10
Pengarah:
András Kern
Genre:
Komedi & Drama
Pelakon:
András Kern, Eszenyi Eniko, Claudia Liptai, Blanka Szilasi, Elekes Emma, Rajhona Ádám & Etc.
Tarikh Tayangan:
21 Jun 2019
Pengedar:
Film Festival Organiser
Sinopsis:
Sinopsis:
Filem ini mengisahkan Dr. Borlaug yang merupakan seorang pakar bedah yang sering memberitahu pesakitnya akan jangka masa hidup pendek mereka. Suatu hari, dia sendiri mendapat khabar berita dari rakan sekerja tentang jangka hidupnya yang tinggal beberapa bulan lagi. Dengan harapan untuk mengurangkan kesedihan orang-orang tersayang setelah dia mati, dia bercadang untuk menjauhkan diri dari mereka dengan melakukan perkara yang tidak masuk akal seperti curang terhadap isterinya, dibuang kerja dan minum minuman keras dengan banyak. Rancangannya berjaya apabila orang-orang yang rapat dengannya mula menjauhkan diri. Namun begitu, sesuatu yang di luar jangkaan berlaku. Hungarian Film Fiesta 2.0 kini sedang berlangsung di GSC Pavilion KL pada 21 Jun sehingga 23 Jun 2019.
Ulasan:
Alhamdulillah portal filem Rollo De Pelicula buat pertama kalinya telah berjaya menonton sebuah filem dari Hungary berjudul Think Of Me bersempena dengan Hungarian Film Fiesta 2.0 di GSC Pavilion KL pada 21 Jun 2019 yang lepas. Filem yang judul asalnya bernama Gondolj rám ini diklasifikasikan untuk tontonan 18 tahun ke atas. Jadi, filem ini telah menerima terlalu banyak tapisan daripada Lembaga Penapisan Filem sehingga membuatkan kami ketinggalan banyak perkara. Walau bagaimanapun, ia adalah salah satu pengalaman sinema terbaru dan menarik buat kami sepanjang menonton filem ini di pawagam terutama apabila melibatkan babak-babak lucah yang telah digelapkan di skrin tetapi dialog berbahasa Hungary masih kedengaran walaupun kami tidak memahami sebutir pun perkataannya pada ketika itu.
Filem ini diarahkan oleh András Kern yang turut bertindak sebagai pemain utama untuk watak Dr Borlaug. Intipati cerita filem ini sebenarnya tidak lah terlampau luar biasa dimana ia sebenarnya menceritakan tentang seorang doktor yang pada asalnya merupakan seorang suami yang hebat di rumah, seorang bapa yang disayangi anaknya, seorang sahabat yang baik serta seorang ketua doktor yang begitu dikagumi di hospital tempatnya bekerja. Walaupun begitu, tidak dinafikan Dr Borlaug turut mempunyai sisi nakalnya tersendiri dimana dia suka bermesra dengan doktor pelatih di hospital. Mempunyai perwatakan yang tegas, Dr Borlaug turut tidak mempunyai nilai empati yang tinggi di dalam dirinya saat berhadapan dengan pesakit kanser dimana lelaki ini dengan mudahnya sering memberitahu pesakit-pesakitnya tentang jangka hayat mereka untuk hidup kerana menganggap hal tersebut ialah lumrah di dalam bidang pekerjaannya dan dia tidak perlu bertanggungjawab ke atas emosi para pesakitnya selepas itu. Namun, plot penceritaan filem ini mulai menarik apabila Dr Borlaug sendiri akhirnya disahkan menghidap penyakit kanser pada bahagian perutnya dan hanya mempunyai jangka masa hidup sekitar 6 bulan sahaja.
Disini kami menyukai bagaimana András Kern mencorakkan watak Dr Borlaug ini dimana pada zahirnya kita melihat lelaki ini seakan-akan tidak terkesan dengan penyakit tersebut memandangkan dia juga sering kali tidak endah dengan apa yang akan difikirkan oleh para pesakitnya sebelum ini. Namun, perkara menjadi sebaliknya apabila hakikat sebenarnya membuktikan bahawa watak Dr Borlaug ini sangat kecewa memikirkan nasib malangnya menghidap penyakit kanser tersebut. Disebabkan lelaki ini merasakan dirinya disayangi, dihormati dan dikagumi sepanjang masa menyebabkannya dia terfikirkan satu perkara yang aneh dimana dia merasakan kematiannya akan mengundang kesedihan dan penderitaan buat orang-orang sekelilingnya yang pasti akan terkesan dengan pemergiannya nanti. Jadi, lelaki tua ini mula mendapat idea bodoh untuk memastikan semua orang membencinya agar kematiannya nanti tidak akan memberi kesan kepada keluarga serta rakan-rakannya. Maka, bermulalah pelbagai tindakan bodoh serta tidak masuk akan yang dilakukan oleh Dr Borlaug ini seperti memabukkan diri dengan minum arak yang sebelum ini tidak pernah dilakukannya, melakukan seks dengan pelatih hospital serta rakan baik isterinya, meletakkan ibunya di rumah orang tua serta melakukan kesalahan memandu secara merbahaya di jalan raya. Walaupun begitu, dapat dilihat watak ini begitu meyayangi isteri dan anaknya sehingga mengambil keputusan untuk menukar hak pemilikan hartanya kepada isterinya tanpa diketahui si isteri demi memastikan orang-orang yang disayangi dapat hidup tanpa kesusahan.
Tetapi, satu perkara yang menarik apabila secara tiba-tiba watak Dr Borlaug ini disahkan bebas daripada penyakit kanser yang turut mengejutkan dirinya dan rakan-rakan doktornya di tempat dia bekerja. Walaupun dari satu sudut ia adalah satu perkara yang kurang nyata dari segi logik filem namun kami melihat perkara ini cukup menarik pada visual plot penceritaannya kerana pada ketika 'berita baik' itu diterima oleh Dr Borlaug, dia telah kehilangan segala-galanya iaitu keluarga, kerjaya dan harta. Hal ini menjadi lebih menarik apabila Dr Borlaug cuba untuk mendapatkan semula cinta isterinya tetapi akhirnya diketahui bahawa isterinya sebenarnya sudah tidak mencintainya lagi dan mulai berlaku curang dengan suaminya sejak tiga tahun yang lepas. Bayangkan jika anda di tempat Dr Borlaug dan bagaimana reaksi anda pada ketika itu? Checkmate!
Filem ini diarahkan oleh András Kern yang turut bertindak sebagai pemain utama untuk watak Dr Borlaug. Intipati cerita filem ini sebenarnya tidak lah terlampau luar biasa dimana ia sebenarnya menceritakan tentang seorang doktor yang pada asalnya merupakan seorang suami yang hebat di rumah, seorang bapa yang disayangi anaknya, seorang sahabat yang baik serta seorang ketua doktor yang begitu dikagumi di hospital tempatnya bekerja. Walaupun begitu, tidak dinafikan Dr Borlaug turut mempunyai sisi nakalnya tersendiri dimana dia suka bermesra dengan doktor pelatih di hospital. Mempunyai perwatakan yang tegas, Dr Borlaug turut tidak mempunyai nilai empati yang tinggi di dalam dirinya saat berhadapan dengan pesakit kanser dimana lelaki ini dengan mudahnya sering memberitahu pesakit-pesakitnya tentang jangka hayat mereka untuk hidup kerana menganggap hal tersebut ialah lumrah di dalam bidang pekerjaannya dan dia tidak perlu bertanggungjawab ke atas emosi para pesakitnya selepas itu. Namun, plot penceritaan filem ini mulai menarik apabila Dr Borlaug sendiri akhirnya disahkan menghidap penyakit kanser pada bahagian perutnya dan hanya mempunyai jangka masa hidup sekitar 6 bulan sahaja.
Disini kami menyukai bagaimana András Kern mencorakkan watak Dr Borlaug ini dimana pada zahirnya kita melihat lelaki ini seakan-akan tidak terkesan dengan penyakit tersebut memandangkan dia juga sering kali tidak endah dengan apa yang akan difikirkan oleh para pesakitnya sebelum ini. Namun, perkara menjadi sebaliknya apabila hakikat sebenarnya membuktikan bahawa watak Dr Borlaug ini sangat kecewa memikirkan nasib malangnya menghidap penyakit kanser tersebut. Disebabkan lelaki ini merasakan dirinya disayangi, dihormati dan dikagumi sepanjang masa menyebabkannya dia terfikirkan satu perkara yang aneh dimana dia merasakan kematiannya akan mengundang kesedihan dan penderitaan buat orang-orang sekelilingnya yang pasti akan terkesan dengan pemergiannya nanti. Jadi, lelaki tua ini mula mendapat idea bodoh untuk memastikan semua orang membencinya agar kematiannya nanti tidak akan memberi kesan kepada keluarga serta rakan-rakannya. Maka, bermulalah pelbagai tindakan bodoh serta tidak masuk akan yang dilakukan oleh Dr Borlaug ini seperti memabukkan diri dengan minum arak yang sebelum ini tidak pernah dilakukannya, melakukan seks dengan pelatih hospital serta rakan baik isterinya, meletakkan ibunya di rumah orang tua serta melakukan kesalahan memandu secara merbahaya di jalan raya. Walaupun begitu, dapat dilihat watak ini begitu meyayangi isteri dan anaknya sehingga mengambil keputusan untuk menukar hak pemilikan hartanya kepada isterinya tanpa diketahui si isteri demi memastikan orang-orang yang disayangi dapat hidup tanpa kesusahan.
Filem Think Of Me atau Gondolj rám ini sebenarnya cuba membawa penonton untuk melihat pandangan tentang sebuah kehidupan daripada sisi bertentangan. Namun, kami berpendapat ia agak sukar untuk dipercayai kerana plot penceritaan filem ini gagal untuk meyakinkan kami bahawa pemikiran dan tindakan ini datangnya daripada seorang lelaki dewasa yang mempunyai pemikiran yang bijak dan bekerjaya sebagai doktor yang memilih untuk mengasingkan diri daripada orang-orang yang tersayang tanpa sebab-sebab yang kukuh. Hanya bersandarkan kepada satu motif iaitu tidak mahu ahli keluarga dan rakan-rakannya bersedih di atas kematiannya, motif tindakannya ini dilihat agak meragukan dan terlalu terdesak untuk cuba meraih simpati penonton. Namun, adat dan budaya masyarakat Hungary yang dipaparkan di dalam filem ini juga secara tidak langsung berjaya menambah markah kepada filem ini buat kami yang pertama kali menonton karya dari negara tersebut. Dapat dilihat nilai serta hubungan kekeluargaan dan persahabatan di dalam filem berjaya diangkat dengan baik dan memberi kesan positif kepada filem ini. Mungkin jika tiada terlalu banyak potongan akan membuatkan kami lebih menyukai filem ini. Cuma secara keseluruhan, filem Think Of Me atau judul asalnya Gondolj rám ini berjaya membawakan satu penceritaan daripada sisi pandang yang lari daripada kebiasaannya.
Jadi, selamat menonton filem Think Of Me bersempena dengan Hungarian Film Fiesta 2.0 di GSC Pavilion KL. Sila kongsikan artikel ini di laman sosial anda dan tinggalkan komen di bawah berkenaan pandangan anda terhadap filem ini untuk perkongsian buat kita semua. Sekian!
P/S : Filem Hungary Seterusnya Yang Akan Kami Ulas Bersempena Dengan Hungarian Film Fiesta 2.0 Kali Ini Ialah The Troupe. Nantikan Ulasannya!
1 Ulasan
tengok yang censored punya lah
BalasPadam